ASSALAMUALAIKUM



Ahad, 19 Jun 2011

Apa nak jadi

Pagi-pagi lagi dah geram. 
Tadi masa hantar anak, terpaksa berenti kat lampu isyarat (sebab lampu merah tak leh jalan).
Tiba-tiba.....ada le sebuah kereta berenti kat sebelah. Yang geramnya dengan selamba je dia bukak tingkap dan buang satu bungkusan plastik ke atas jalan. Tak de le dia rasa bersalah sikit pun. Agaknya dalam fikiran dia tentu kata, lantaklah bukan rumah aku. Kalau semua orang ada sikap begini habislah negara kita penuh ngan sampah sarap. Bukan sekali dua perkara cam ni berlaku depan mata. Macam=macam benda yang melayang dari tingkap kereta. Bukan setakat plastik, kulit rambutan pun ada. Nasib baik bukan kulit durian. Apa nak jadi....................

Kalau kempen beribu-ribu kali pun, tak de maknanya kalau kita sendiri tak dapat mengubah sikap negatif ni. Penatnya cikgu Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral mengajar nilai-nilai murni. Satu pun tak diguna pakai. Letak le papan tanda sebesar dataran merdeka pun, sampah tetap dibuang merata-rata. Kadang-kadang dibawah papan tanda tu yang betimbun sampah.

Saya masih ingat ketika makan disebuah restoren makanan segera. Ada sebuah keluarga mat saleh ni, lepas makan dia bawa semua bekas2 makanan dan buang ke dalam tong yang disediakan. Bukan ayahnya aje tapi ibu dan anak-anaknya pun buat perkara yang sama. Malu tengok sikap kita yang terlalu menganggap ada orang lain untuk buat semua tu.

Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Renung2kan.

4 ulasan:

puanbee berkata...

memang sy tk boleh buang sampah merata2 rasa bersalah pulak ..

Puan Kutu berkata...

semuanya bermula dr ibu bapa.ajar ank jgn buang smp merata2..:)

ayu jamal berkata...

betul tu..semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri....

kalau sume boleh contoh sikap mat saleh tu..memang bersih la malaysia ni

anggunpesona berkata...

Itu lah yang sepatutnya kita semua buat kan demi negara kita yang tercinta. Tapi sebab tak bagi anak buang sampah keluar dari kereta, kereta kita lak jadi tong sampah. anak-anak punya keje.