ASSALAMUALAIKUM



Ahad, 10 Jun 2012

Cuti Sekolah dah Habis


Esok dah mula sekolah. Cuti dah habis rupanye. 
Sibuk kembali dengan rutin harian 
Anak-anak juga sibuk dengan aktiviti sekolah
Dah masuk bulan Jun, bermakna anak-anak 
yang akan mengambil peperiksaan penting
baik UPSR, PMR, SPM, STPM
sepatutnye telahpun bersedia.Jangan tunggu
hingga saat akhir.


Cikgu pun akan mula sibuk
Kertas peperiksaan dah habis semak ke?
Nak bincang dengan pelajar
Nak masuk markah
Nak mula P&P
Meeting!!!


Agak2nye ape yang berlaku pada hari pertama sekolah ye.
Tentu dapat jadual baru lagi kerana beberapa guru yang bertukar sekolah 
dan guru baru yang masuk ke sekolah.
Apa2 pun di harap semua tanggungjawab yang diberi dapat
dijalankan dengan sempurna. 
Buat yang terbaik demi anak-anak didik kita.


SELAMAT MENGAJAR UNTUK SEMUA WARGA PENDIDIK
SELAMAT BELAJAR UNTUK SEMUA ANAK MURID








Sabtu, 9 Jun 2012

Santai di Eco Park Taman Botani

Assalamualaikum


Bila rasa penat dan rasa nak relaxkan minda, Eco Park Taman Botani, Ipoh adalah tempat yang sesuai. Terletak di dalam kawasan perumahan Taman Botani. Boleh bersantai sambil melihat pemandangan yang mendamaikan. Nak jogging atau walking memang tempat ni  paling ideal kerana kawasannya yang luas. Waktu cuti sekolah tempat ni memang lebih meriah dari hari2 biasa.


Taman yang dibina khas untuk penduduk Taman Botani beriadah

Sejuk mata memandang

Suasana damai yang dapat menghilangkan stress

Ikan2 yang sentiasa menanti makanan. Kalau tak bawa makanan, 
janganlah risau kerana di sini ada menjual makanan untuk ikan2 tersebut. RM2 
untuk satu paket. Biasanya kanak-kanak paling teruja melihat ikan makan.

Salah satu tempat yang menarik

Sebenarnye, banyak lagi tempat yang menarik dalam kawasan eco park ni. Tapi akak hanya sempat ambil beberapa lokasi sahaja untuk di sharekan dalam entri ni. 
Memang menarik, kalau rasa nak berbasikal atau nak main badminton, silakan. 

Selamat beristirehat dihujung minggu. 

Isnin, 4 Jun 2012

Hari Ibu dari anak bongsuku

Hari Ibu dah lama berlalu tapi akak baru nak masukkan entri khas sempena Hari Ibu. Setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang, baru hari ini ada kesempatan untuk membuat entri baru untuk tahun 2012. Dah dekat setengah tahun tu.

Macam biasa setiap tahun hari ibu akan disambut meriah. Bagi akak setiap hari adalah hari untuk meraikan ibu. Walaupun dah lama ibu meninggalkan akak, tapi kasih sayangnye masih lagi terasa.
Di manakan ku cari ganti.


Terima kasih adek kerana sentiasa ingat Hari Ibu

Seperti tahun2 lepas, anak bongsu akak tetap tidak melupakan hari istimewa ini. Dalam diam, dia telah membeli sesuatu untuk diberikan kepada akak. Walaupun tidak mahal tapi cukup membuat hati akak tersentuh.


beg kertas yang comel hadiah sempena hari ibu


Rupa2nye dalam beg ada macam2 lagi. Ade Sajak, kad dan alat tulis.

Sajak yang ringkas tapi cukup untuk menitiskan air mata akak

Kad ucapan yang dibuat sendiri. Ada sajak lagi.
 
 
ayat2 yang membuatkan akak ketawa dalam sedih.


TERIMA KASIH ADEK.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA