PADA CUTI SEKOLAH YANG LALU SAYA PERGI KE KL KERANA PAKCIK SAYA SAKIT. PAKCIK SAYA SAKIT KERANA DIA TERJATUH DI DALAM BILIK AIR.
SELEPAS ITU PAKCIK SAYA MASUK ICU HOSPITAL KUALA LUMPUR. KEADAAN DI DALAM WAD ICU HOSPITAL SANGAT SENYAP KERANA KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MASUK KE WAD ITU. SAYA SEDIH KERANA KANAK-KANAK TIDAK BOLEH MASUK. TIDAK DAPATLAH SAYA MELIHAT PAKCIK SAYA. TERPAKSALAH SAYA TUNGGU DI BAWAH SAHAJA. TELAH 2 HARI, PAKCIK SAYA TELAH SEDAR DAN DIA TELAH DIMASUKKAN KE WAD 5B.AKHIRNYA SAYA DAPAT JUGA BERJUMPA DENGAN PAKCIK SAYA. SEWAKTU MENUNGGU PAKCIK ZAM SAYA DAN SEKELUARGA TERMASUKLAH KAKAK SAUDARA SAYA PERGI MAKAN SUP CAMPUR ROTI. DUA HARI PULAK TU.SERONOK SANGAT.ESOKNYA SAYA BALIK KE IPOH. SELAIN ITU YANG PALING SERONOK IALAH PAKCIK SAYA DAH KELUAR DARI HOSPITAL KUALA LUMPUR.
ASSALAMUALAIKUM
Ahad, 27 Mac 2011
Rabu, 23 Mac 2011
si kecik menulis lagi
BILA SUDAH BESAR SAYA INGIN MENJADI DOKTOR KERANA SAYA INGIN MERAWAT PESAKIT YANG SAKIT SEPERTI PESAKIT YANG SAKIT PERUT, SELSEMA, BATUK, CIRIT-BIRIT DAN LAIN-LAIN LAGI. UNTUK MENJADI SEORANG DOKTOR, SAYA PERLU BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH SUPAYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG BAIK DALAM PELAJARAN. KAWAN-KAWAN PUN JADILAH DOKTOR BILA BESAR NANTI YE.
Selasa, 22 Mac 2011
si kecilku menulis
HOBI SAYA BERENANG, BERBASIKAL DAN MEMBACA. TETAPI SEBENARNYA SAYA TIDAK TAHU BERENANG. KENALAH SAYA MEMAKAI PELAMPUNG. BILA PAKAI PELAMPUNG SAYA BOLEH BERENANG KE SANA SINI. DULU SAYA TIDAK TAHU MEMBAWA BASIKAL. SAYA SELALU TERBABAS DAN KADANG-KADANG TERLANGGAR PAGAR RUMAH. TETAPI SEKARANG SAYA BOLEH MEMBAWA BASIKAL DENGAN BAIK. TAPI SAYA SEDIH KERANA BASIKAL SAYA SUDAH ROSAK. SAYA SURUH AYAH SAYA MEMBAIKI BASIKAL ITU TETAPI SAMPAI SEKARANG MASIH BELUM DIBAIKI. JADI TAK DAPATLAH SAYA BERMAIN BASIKAL LAGI.
Isnin, 21 Mac 2011
Pesona Merah Jambu
Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 malaysia.
Mearah jambu, merah perlahan, pink colour sama sahaja. Begitu sinonim dengan kaum hawa. Boleh dikatakan kebanyakkan wanita gemar pada warna merah jambu. Dari kanak-kanak yang masih berhingus hinggalah kepada golongan wanita MIDI semuanya gemarkan warna merah jambu. Dari beg sekolah, kotak pensil, kasut, beg tangan, jam, cekak rambut sampailah pakaian mahupun motosikal atau basikal. juga mesti warna merah jambu. Itu kalau dah terlalu meminati warna merah jambu. Dinding bilik, cadar katil, langsir pun mahukan merah jambu. Bagi penggemar warna ni, ia menggambarkan si empunya diri seorang yang sangat feminin, lembut dan manis. Merah jambu memberi ketenangan dan kedamaian kepada semua yang memandangnya.Itulah keistimewaan warna merah jambu atau itulah yang dikatakan pesona merah jambu.

Langgan:
Catatan (Atom)