ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 30 Mei 2011

Awet muda dan senyum

Tentu kita rasa gembira kalau ada rakan berkata, "kamu ni awet muda le, Umur dah  masuk 4 siries tapi nampak macam awal 30-an je". Mau melompat dibuatnya bila dipuji begini. Tambahan pula kalau ada yang meminta "apa petuanya, share le ngan kami" Wah! petua? tak de apa-apa petua pun. Cucuk-cucuk pun tak de. Mula le keluar macam-macam jenis ulam dan bla...bla.....bla...... Mau ternganga semua yang berada disekeliling. Namun begitu petua orang tua jangan dipandang ringan kerana ada benarnya.

 Ada juga yang mengatakan, jika anda nak nampak lebih muda daripada umur sebenar , Mudah je.  Hanya dengan sebuah senyuman dari hati yang ikhlas. Wajah yang sering tersenyum akan kelihatan awet muda dan segar. Senyum tak perlu kata apa-apa tapi meremajakan anda. Menarik bunyinya. Menurut kajian, senyuman merupakan satu senaman kerana ia boleh meransang saraf termasuk saraf otak. Bila senyum, lebih kurang 17 otot muka yang digunakan. Tapi biarlah senyum bertempat, jangan memanjangnya je tersenyum,  lain pula tanggapan orang sekeliling. 

Saya tertarik membaca satu artikel yang ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar . 'Beliau menyatakan kanak-kanak seusia empat hingga enam tahun senyum dan ketawa hingga 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari di kalangan orang dewasa'. Sebab itu lah orang dewasa mudah diserang penyakit, stress dan mengalami kemurungan. Kalau dah selalu sakit dan stress apa lagi,  cepatlah proses penuaan terjadi. Oleh itu senyum dan ketawalah selalu  tapi biar bertempat dan kena pada waktunya.  Kalau tak mampu nak senyum, usahakan lah untuk senyum walau pun hanya tersenyum kambing.

Kalau rasa petua orang tua dan senyuman, lambat menampakkan hasil, maka pilihlah produk kecantikan yang terdapat banyak di pasaran sekarang.  Tapi awas pilihlah yang terbaik supaya hasilnya juga baik. Jangan kerana ingin selalu nampak muda diri merana.  Walau apa pun proses penuaan tetap akan berlaku seiring usia. Cuma yang kita tak nak ialah tua sebelum usia.

Teringat petua seorang kenalan, katanya kalau nak awet muda, bangun je tidur, jangan gosok gigi tapi ambil air masak dulu,  masukkan dalam mulut selama beberapa saat dan minum. Mesti ada yang tak sanggup bila mengenangkan nak minum dengan air liur basi tapi itu le rahsianya.  SEnyuman yang ikhlas datang dari hati dan terpancar di mata.

Semakin banyak kita dapat semakin banyak pula yang tertinggal

Saya dapat poem ni semasa berkursus, tapi dah lupa tahun bila dan di mana. Saja nak abadikan dalam blog ini sebagai renungan untuk memperbaiki  kelemahan diri.


THE PARADOX OF OUR AGE

WE HAVE TALLER BUILDINGS, BUT SHORTER TEMPERS

WIDER FREEWAYS, BUT NARROWER VIEW POINTS

WE SPEND MORE BUT HAVE LESS

WE BUY MORE BUT ENJOY LESS

WE HAVE BIGGER HOUSES BUT SMALLER FAMILIES

MORE CONVENIENCES BUT LESS TIME

WE HAVE MORE DEGREES BUT LESS SENSE

MORE KNOWLEDGE BUT LESS JUDGEMENT

MORE EXPERTS BUT MORE PROBLEMS

MORE MEDICINE BUT LESS WELLNESS

Sabtu, 28 Mei 2011

aduh!!!!! BORRRRINGNYA...............

Rasa nak menulis hari ni, tapi tak tau tentang apa. Boring juga kalau tak tau nak buat apa. Nak tulis pasal memasak, aku bukanlah pakar dalam masakan. Makan pun cari kat luar. Nak share resepi luar biasa, aku tak pernah cipta resepi sendiri. Resepi yang ada pun cedok dari orang lain. kalau ada resepi yang hebat, semua nak simpan, tapi setakat simpan je le. Nak mencubanya jauh sekali.  Bukan apa takut tak jadi, nanti rugi pulak. Alasan......... Sebenarnya cakap ajelah Malas.  Malas ke aku ni....... ntah le.

Apa lagi yang nak dibuat hari ni, Nak mengemas rumah, takut pulak nak buat kerja berat2 buat masa ni. Setakat kuit-kuit sikit sampah, kemaskan almari baju sambil duduk bersantai tu boleh le juga. Kalau tengok keadaan rumah memang buat aku pening tapi tak pe. Pejam mata  untuk sementara waktu ni. Yang penting aku nak kumpul tenaga dan pastikan badan aku sihat seratus peratus. Kalau badan sihat baru le boleh jaga rumah, keluarga dan kerjaya. Kalau asyik sakit je nanti, orang pun tak suka. Jadi kita perlu sihat dan bertenaga.

Aduh!!! boringnya.. Selalu kalau hujung minggu, aku jarang ada dirumah. Aku akan berjalan dengan keluarga. Tapi kerja rumah dah beres tau.  Tempat yang dituju, ikut suka, selalunya pergi shopping (window shopping je), atau pergi tempat-tempat yang menarik. Ada ke tempat menarik di bandaraya ni. Ada sapa kat a tak da. Paling tidak pun kami akan ke padang rekreasi untuk berjongging bukan jogging tapi walking je. Sekadar keluarkan sedikit peluh. Yang lebihnya pekena laksa Kedah kat tepi padang. Wow, part makan laksa yang paling best sekali. Boleh dikatakan semua yang datang kesini, akan makan laksa. Kalau tidak, balik nanti teringat-ingat.

Baru teringat, cuti sekolah pun dah bermula, kemana destinasi percutian kali ni ye. Minggu pertama cuti, rasanya tak dapat kemana. Anak ada tuisyen untuk UPSR. Terima kasih cikgu kerana mengorbankan cuti untuk memastikan anak kami berjaya. SYABAS, jasa cikgu tak dapat kami balas. Selalunya kami jarang merancang, tapi sekali sebut je terus menjadi. Itu yang uniknya. Bukan apa, kesian kat anak-anak, asyik belajar, belajar dan belajar. Jadi sesekali kena bawa mereka makan angin sambil melihat keindahan negeri orang. Boleh  belajar sesuatu. Selain tu boleh jugak hilangkan stress. Bolehlah lupakan sementara kerja-kerja rumah dan kerja ditempat kerja. Nasib baik aku dah selesaikan semuanya sebelum cuti. Lega..........

Boringnya..... nak makan macam2  tak boleh lagi kena pantang. Tadi kata nak cepat sihat.Hai lamanya lagi nak habis. Sabar.........untuk sapa, untuk diri kita juga. Tgk TV pun boring jugak, kalau dah dari pagi, petang bawa ke malam. Nak bersembang tak de teman nak diajak bersembang. Semua sibuk  dengan hobi masing-masing. Novel pun dah habis dibaca. nampaknya kena pergi popular beli novel terbaru. Nak layan lagu, aku bukan minat sangat. habis2, aku dengar dalam kereta je. Dalam you tube ada gak. Tapi jarang aku pasang.

Ada kawan kata, cuba le berniaga kalau boring-boring. Macam2 product jualan lansung ada. Berniaga online pun ada. Tapi aku ni bukan spesis yang pandai berniaga. Nak jadi dealer avon pun tak pandai. Habis terror aku jual kat adik beradik je. Selebihnya aku yang beli dan guna sendiri. Sudahnya boring juga. Nak berniaga online, lagi tak pandai. Yang aku tahu on dan off the line je. Lebih dari tu aku bukan orangnya.

-Aku Tetap Aku-



Khamis, 26 Mei 2011

KEHILANGAN LAGI

Minggu ini, saya kehilangan seorang lagi saudara terdekat, bapa saudara yang bongsu atau pak su.
Pak Su memang dah lama menghidap sakit jantung dan selalu keluar masuk IJN. Kali terakhir saya berjumpa pak su setahun yang lepas, semasa ibu kesayanganku meninggal. Teringat kata-kata pak su, kalau dilihat siapa yang selalu masuk hospital pak su yang yang sepatutnya pergi dulu bukannya mak. Tapi itu yang dikatakan ajal dan maut ditangan Allah SWT. Selang setahun pak su pula pergi meyahut panggilan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Bila arwah pergi  bermakna sudah tiada lagi orang tua untuk menjadi pembimbing dan rujukan kami ketika ada masalah. Apa yang diharapkan agar kami adik beradik sentiasa bersama tanpa sengketa. Kerana dengan kasih sayang  dan keperihatinan adik beradik sahaja yang mampu menyelesaikan segala masalah.

Iktibar yang dapat diambil dari kehilangan ini ialah, semua yang hidup pasti akan kembali menemui Penciptanya. Cuma tak dapat diduga bila masanya. Apa yang perlu aku lakukan ialah merenung kembali diri. Sudah cukupkah bekalan untuk dibawa kesana. Atau tiada langsung bekalan yang dapat melindungi diri ini. Umur semakin bertambah tapi amalan masih ditakuk lama. Memang umur hanya satu angka tapi dari angka inilah kita perlu renung dan merencanakan apa yang terbaik untuk bekalan kita kelak.

YA ALLAH, ampunkan lah dosa-dosaku, Sesungguhnya aku sering leka dan lalai dengan urusan dunia.

Rabu, 25 Mei 2011

Apa Yang Ada Dalam Hatinya

Bila direnung wajahnya, selalu difikiran ini berkata, apa yang ada dalam hatinya. Sedihkah, kecewakah dia, rasa rendah diri, rasa terpinggirkah dia dan pelbagai andaian yang sentiasa hadir diminda ini.

Bohonglah kalau tidak sedih atau kecewa. Tentu perasaan ini sentiasa bermain dalam hatinya. Tetapi tidak dapat dibaca oleh orang lain. Sedang rakan sebaya sibuk membina kehidupan dan kerjaya, dia terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi. Sakit yang dialami semakin tidak menampakkan sinar untuk sembuh. Malah penyakit lain pula datang bertandang. Sudah puas berubat kehospital, jumpa pakar, berubat tradisional tapi sakitnya tetap tiada apa-apa perubahan. Mungkin itu ujian Allah untuknya. Seperti kata seorang saudara, Allah menguji orang yang kuat untuk menerima ujianNya. Mungkin beliau salah seorang darinya. Doktor juga pernah berkata dia seorang yang kuat dan tabah menghadapi sakitnya. Diharap biarlah kekuatan yang ada dalam dirinya dapat membantu dirinya mendapatkan semangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Memang semangatnya pernah hilang sewaktu penglihatannya mula kurang jelas. Manakan tidak dilahirkan normal seperti orang lain, membesar, ceria dan aktif seperti remaja lain. Minatnya terhadap bidang automotif memang terserlah sejak dibangku sekolah lagi. lantas dia mengambil jurusan ini di Politeknik.  Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.  Ini lah yang terjadi. Belum pun sempat menuai hasil penat lelah belajar, dia disahkan menghidap penyakit yang berkaitan saraf dan menyebabkan penglihatannya mula kurang jelas dari sehari ke sehari. Impian yang tinggi melangit kini terpaksa dilupakan untuk satu tempoh masa yang tidak dapat dinyatakan.  Mungkin satu hari nanti, jika diizinkan Allah, impian ini akan terlaksana. Hanya kesabaran yang diperlukan.

Di Pusat Latihan Orang Cacat Penglihatan memberi semangat dan satu suasana baru baginya. Dapat belajar braille, refleksiologi, belajar berdikari dan yang lebih penting dapat bergaul dengan kawan-kawan yang saling memahami dan senasib dengannya. Mungkin disini dia dapat membuang rasa kecewa dan rasa rendah diri kerana sebenarnya ramai lagi yang mengalami nasib sepertinya cuma caranya yang berbeza-beza.

Walau bagaimanapun keadaannya sekarang ini,  ada kasih sayang yang sentiasa bersama-samanya yang dapat menguatkan lagi semangatnya untuk melawan sakit. Dia masih lagi punya  adik beradik yang akan sentiasa bersama baik susah atau senang. Tidak sesekali kami membiarkan ia jatuh keseorangan. Setelah kehilangan abah dan ibu kamilah yang bertanggungjawab untuk menjaganya. walaupun aku antara yang kurang menjaganya tetapi jauh disudut hati aku tetap mengharapkan yang terbaik untuknya.

Teringat kata-kata seorang ahli panel dalam rancangan semanis kurma. Beliau memberi 3 contoh iaitu, sebatang carrot, sebiji telur dan sebiji biji kopi serta air panas. Katanya:
a)  jika carrot yang keras dimasukkan dalam air panas, carrot itu akan menjadi lembik
b) jika telur yang cair dan lembik dimasukkan dalam air panas, ia akan menjadi keras
c) jika biji kopi dimasukkan dalam air panas ia akan merubah warna air panas itu;
Maksud disini,
a) air panas ibarat musibah, carrot merujuk kepada orang yang luarannya nampak keras dan tegas tetapi bila ditimpa musibah dia akan jatuh dan lemah hingga tidak mampu menempuh musibah itu.
b) Telur ibarat orang yang lemah tetapi bila diuji dengan musibah ia kan menjadi kuat untuk melawan musibah itu.
c) biji kopi adalah contoh orang yang dapat menempuh musibah dan seterusnya mengubah  ia ke arah yang lebih baik (bangkit dari kesedihan dan mengubah kehidupannya)

Sebagai kakak, diharap adikku  ini menjadi seperti biji kopi yang boleh mengubah kehidupannya menjadi yang terbaik. INSYAALLAH. Moga ALLAH mendengar dan memakbulkan doa-doamu. Amin.

Sabtu, 21 Mei 2011

HARI IBU, HARI GURU DAN HARI SETERUSNYA

Hari ibu baru sahaja di sambut. Sana sini menyebut pasal hari ibu. Majalah, Surat khabar, radio dan di TV juga sibuk dengan hari ibu.  Baguslah tu.... Sememangnya hari ibu perlu disambut bukan setahun sekali tetapi setiap hari kerana pengorbanan ibu tak terbalas dengan hanya ucapan selamat hari ibu atau apa bentuk hadiah sekali pun.

Apa yang menariknya hari ibu ialah bila di tontonkan dengan pelbagai ucapan untuk ibu tersayang, pelbagai aktiviti yang diadakan dan hamper-hamper ekslusif lagi menarik ada dijual. Seronok juga. Bagi yang berkemampuan, mereka tidak lokek untuk meraikan hari ibu di hotel-hotel ekslusif dan dihangatkan lagi dengan persembahan artis-artis hebat dan popular. Terharu ibu bila diraikan begini. Kalau tidak di hotel, ada anak-anak yang meraikan ibu dengan masakan yang lain daripada biasa samada dimasak sendiri atau makan diluar. Ada yang membawa ibu bercuti ke tempat yang menarik. Macam-macam cara dilakukan bagi mengingati kasih seorang ibu.

Apa-apa pun bukan itu yang dimahukan oleh seorang ibu, bukan sambutan, bukan hari, bukan hadiah tapi cukuplah sekadar kasih sayang dan ingatan kepada mereka. Bagi seorang ibu samada ia di rai, diingati, dihargai atau tidak, ibu tetap ibu, berkorban untuk anak-anak dan keluarga tanpa mengenal erti jemu kerana kasih ibu adalah kasih abadi. Apa yang diharapkan oleh seorang ibu hanyalah kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak dan keluarga dunia dan akhirat. ...........Setiap hari ingatkan IBU!!!!!!

Seperti ibu, hari guru juga disambut dengan meriah kerana guru banyak menabur jasa demi memastikan anak didiknya berjaya dan menjadi insan yang berguna. Setiap kali hari guru tiba, tak sabar untuk mendengar pengumuman baik dari PM atau TPM, apa ganjaran yang guru dapat. Tahun ini Alhamdullillah ada berita baik untuk Pengetua, PK, GPK.  Tersenyum lebar mereka yang terlibat. Bagi yang tiada berita baik, sabar ajelah kerana ganjaran yang lebih besar menunggu kita di akhirat kelak. Teruskan perjuangan yang belum selesai. Amanah yang diberi perlu kita tunaikan. Tetap kita tunaikan walau ada atau tanpa ganjaran.

Banyak ke cikgu dapat hadiah tahun ni? Selalunya guru popular memang banyak dapat hadiah berbanding cikgu kurang popular. Apa2 pun bukan hadiah yang guru idamkan tapi kejayaan anak muridnya adalah hadiah paling berharga bagi seorang guru.  Saya dapat A dalam sains. Tersenyum bangga cikgu sains yang mengajar pelajar itu. Itulah hadiah yang cikgu paling suka. Satu lagi pen merah, hadiah yang paling bernilai untuk cikgu kerana memang cikgu perlukan pen merah, Untuk sapa, untuk pelajar jugak. Nak tanda buku dan semak kertas periksa.   Selamat hari Guru...................Teruskan perjuangan murnimu.

Hari apa lagi ye lepas ni?  Rasanya selepas ini menyusul pula hari bapa. Masih awal lagi untuk menulis tentang hari bapa. Nanti-nantilah cerita.

IKHLAS DAN REDA

KADANG KALA KITA MEMINTA PADA ALLAH SWT SETANGKAI BUNGA YANG INDAH, TAPI ALLAH SWT BERIKAN KAKTUS BERDURI. KITA MEMINTA KUPU-KUPU, TAPI DIBERIKAN ULAT. KITA  PUN SEDIH , KECEWA BAHKAN MARAH!!!NAMUN KEMUDIAN KAKTUS ITU BERBUNGA, INDAH SEKALI DAN ULAT MENJADI KUPU-KUPU YANG CANTIK.  ITULAH JALAN ALLAH SWT, INDAH PADA WAKTUNYA!, ALLAH SWT TIDAK MEMBERI APA YANG KITA HARAPKAN, TAPI MEMBERI APA YANG KITA PERLUKAN. KADANGKALA KITA SEDIH, KECEWA, TERLUKA, BERBURUK SANGKA. TAPI JAUH DI ATAS SEGALANYA, ALLAH SWT SEDANG MELAKAR YANG TERBAIK DALAM KEHIDUPAN KITA. AGAR KITA BELAJAR UNTUK SELALU IKHLAS DAN REDA ATAS APA YANG KITA LAKUKAN.

Isnin, 2 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU DI MANA SAHAJA BERADA

Motherhood is a tough 24-hour job:   No Pay, No day-off, most often unappreciated; and yet resignation is impossible!  HELLO GOOD MOM!  HAPPY MOTHER'S DAY!
AL-FATIHAH UNTUK ARWAH IBU... Semoga Rohnya dicucuri Rahmat. AMIN. Bagi anak-anak yang masih mempunyai IBU, sayangilah mereka sementara mereka masih ada. Ingatilah segala jasa dan pengorbanan mereka. Tunaikanlah apa yang mereka inginkan. Bahagiakan mereka dan jangan sesekali menyakiti hatinya. Jangan nanti bila mereka pergi meninggalkan kita selamanya, kekesalan akan sentiasa menyelubungi kehidupan kita. Ibu adalah permata yang tak ternilai. Insan yang paling memahami hati dan perasaan anak-anaknya. Tanpa ibu kehidupan terasa begitu kosong. Tiada teman untuk berkongsi rasa duka dan gembira. Tiada teman dikala kesedihan dan kesakitan. IBU, IBU engkaulah ratu hatiku............