ASSALAMUALAIKUM



Rabu, 29 Jun 2011

Kaki yang sering diabaikan

Bangun pagi ni terasa sakit di bahagian pergelangan kaki dan bahagian belakang tumit. Dah dua hari rasa macam ni. Fikir-fikir jugak apa puncanya? Banyak berjalan ke atau sebab pakai kasut yang kurang sesuai. Kalau difikirkan anggota paling terabai dalam keseluruhan tubuh manusia adalah kaki. Jarang sangat ambil berat pasai kaki. Bila dah berusia nanti baru lah dapat kesannya. Ini pun dah terkena tempiasnya. Akibat dari sakit kaki ni, tergerak lah hati nak cari maklumat tentang kaki dan titipkan di blog ini:

Fakta Mengenai Kaki
  • 90% manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki
  • Secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidup
  • kaki manusia mempunyai 26 tulang, 33 sendi dan lebih daripada 100 urat dan otot

Penjagaan Kaki
  • Basuh kaki terutama bahagian celah jari dan keringkan dengan sempurna
  • Guna sabun dan sapukan pelembab supaya kulit kaki lembut
  • Potong kuku kaki dan jaga kebersihannya
  • Pilih kasut yang sesuai

Tips Memilih Kasut
  • Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengah hari kerana ketika ini kaki mengembang
  • Kaki tidak sama besar. Sebelah kaki adalah lebih besar. Beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar. Pastikan jari kaki dapat bergerak dengan selesa tika menyarungkan kasut ke kaki
  • Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari
  • Pastikan tumit kaki anda selesa ketika memakai kasut.
Selama ni beli kasut memang ikut suka je. Mana rasa cantik itu le yang di beli walaupun rasa terseksa memakainya. Kesian kaki. Manalah tak sakit di buatnya.


Ahad, 26 Jun 2011

Jom Pergi Lawatan

Jauh berjalan luas pandangan. Kalau dah jalan jauh-jauh tentu banyak yang kita dapat tengok dan dapat belajar. Selain tu dapat gak mengenali budaya setempat. Entry saya kali ni tentang lawatan sambil belajar bersama-sama rakan sejawat dan pelajar.
Setelah beberapa minggu membuat persediaan, hari ni tiba masa untuk kami melaksanakannya. Bila semua dah bersedia, kami pun bertolak tepat pukul 8.00 pagi.

Tempat pertama yang dituju ialah di Pusat Pembiakan Tuntung di Bota. Saja pilih tempat ni kerana ada kelainan dari lawatan-lawatan terdahulu. Hari sabtu, sepanjang jalan untuk masuk ke pusat pembiakan tuntung ada pasar pagi. Jadi kami terpaksa turun dari bas dan berjalan kaki ke pusat tersebut. Tak jauh sangat, lebih kurang 100m. Lagi bagus dapat juga kami singgah dibeberapa gerai jualan. Nampak pelajar teruja sangat. Maklumlah jarang-jarang masuk ke kawasan kampung. Sampai najis lembu pun mereka tangkap untuk kenangan. Nak masuk dalam facebook kata mereka. Suka hatilah asal mereka sentiasa ikut arahan.

Inilah bahagian hadapan Pusat Pembiakan Tuntung, Bota

Sedikit taklimat diberi oleh pegawai bertugas. Selepas tu, kami bebas untuk meninjau kawasan sekeliling. Pertama kali datang ke sini, jadi semua nak ditengok. Macam-macam info yang ada berkenaan tuntung dan sejarah daerah Bota. Dapat juga sedikit pengetahuan di sini. Tuntung ni macam penyu cuma cengkerangnya beza sikit. cengkerang tuntung lebih bulat dan licin. Musim tuntung bertelur ialah pada bulan November dan menurut sumber, tuntung hanya boleh dilihat di Bota sahaja. Tempat lain tak de. Kalau nak tengok tuntung datang le ke Bota. Telurnya pun boleh dimakan. Boleh di beli dengan harga RM3.00 sebiji. Tapi hari ni bukan musim tuntung bertelur. Kempunan nak makan telur tuntung.
Comelkan baby tuntung ni (baru 3 bulan usianya)
Destinasi kedua ialah ke Tanjung Bidara, Pulau Tiga. Tempat membuat labu sayong. Tapi tak besar sangat macam di Kuala Kangsar. Jadilah, asalkan pelajar dapat tengok sendiri cara labu dihasilkan. Pelajar pun tak ketinggalan membeli labu untuk kenangan. Senyum taukeh labu dibuatnya.

 Beli jangan tak beli

Destinasi terakhir ialah ke kompleks sejarah Pasir Salak. Di sini macam-macam boleh di lihat dan di baca untuk pengetahuan setiap pengunjung. Memang ok tempat ni. Sejarah pasir salak, tentang JWW Birch hinggalah ke pengistiharan kemerdekaan ada di sini. Tak lupa juga berbagai-bagai jenis keris di pamerkan. Yang paling best bila naik ke rumah Kutai. Pelajar dapat merasa suasana tinggal di rumah tradisional.

Dalam terowong ni banyak rentetan sejarah di pamerkan.
Bagus untuk pelajar menambah ilmu

Tugasan terakhir, pelajar kena buat khidmat masyarakat. Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran kompleks. Ini objektif sebenar kami bagi lawatan kali ni. Kami diberi beberapa kawasan oleh pegawai untuk menjalankan projek. Pelajar ok je, jadi tak de masalah. Tugasan  dapat dijalankan dengan lancar dan objektif pun tercapai. Yang penting gambar mesti ada. Sesekali belajar diluar bilik darjah memang memberi impak yang positif kepada pelajar. Hilang stress.

Apabila semua aktiviti yang dirancang selesai, bertolak le kami semua balik. Singgah makan dulu dan bila perut dah kenyang semua senyap. Dalam perjalanan ada pelajar cadangkan kami singgah ke Kellies Castle. Jadi singgah le seebentar. Tengok dari luar je, takut nak benarkan pelajar masuk bila tengok keadaan di bahagian bumbung istana tu tidak berpagar. Pelajar frust jugak tapi demi keselamatan.

Semua tempat dah pergi, sambung perjalanan balik.  Penat sungguh rasanya tapi ianya satu perjalanan yang penuh dengan pengetahuan.

Jumaat, 24 Jun 2011

Kerja, kerja dan kerja

Hari ni macam-macam rasa : gembira, boring, sedih, bingung, stress, marah, terkejut, nak tidor dan malas. Kenapalah datang rasa-rasa begini ye.

Gembiranya..... bila satu kerja dah habis setelah beberapa minggu membuat persediaan. Lega rasanya semua yang dirancang berjalan lancar. Semua happy dan puas hati.
 
 

 
Stress le pulak, bila beberapa kerja lagi sedang menunggu. Bila le nak habis semua ni....lepas satu habis, dua tiga lagi yang datang
 
 


Jadi mana satu nak dibuat dulu ye. Semuanya ada last date. Itu yang buat lagi stress. Masa ni le perlu perancangan yang rapi dan pengurusan masa yang betul. Kalau tidak haru biru jadinya. Akhirnya satu kerja pun tak boleh nak siap. Tolong.............
 
 
Bila tak tau apa nak buat, mula le rasa boring yang amat sangat, malasnya nak fikir. Tapi tak boleh terus begini. Perlu lebih produktif, inovatif dan macam-macam tif lagi supaya boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan orang yang cemerlang.
 
 


saya boleh !!!!








Selasa, 21 Jun 2011

Ingatan untukku

Sedang sibuk dengar Suria FM, terdengar perbualan DJ bertugas. Ceritanya tentang pemandu tak beri signal bila nak belok. Alamak..... terimbau kembali 4 atau 5 bulan lepas. Perkara ni terjadi pada saya. Bukan orang lain, saya yang buat perkara salah ni. Lupa beri signal masa nak belok. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Kesilapan ni berlaku, bila saya berada disimpang empat. Lampu merah agak lambat bertukar warna hijau. Jadi termengelamun le seketika. Tiba-tiba lampu hijau menjelma. Apalagi terus tekan minyak....jalan.   Masa tu le terdengar bunyi orang tekan brek ngan kuat sekali. YA ALLAH ada motor rupanya nak jalan terus. Nasib baik adik ni dapat mengelak. Berderau darah saya, sampai putih jadi muka dek takut sangat.

Saya pun angkat tangan tanda mohon maaf. Dari gaya mulutnya, adik tu tentu marah sangat, mungkin sebakul makinya pada saya. Memang layak pun saya terima marahnya. Memang kesilapan saya yang terang-terangan tak bagi signal bila membelok.  Apa yang saya belajar dari peristiwa ni ialah tak nak mengelamun lagi bila bawa kereta. Bahayakan diri dan orang lain. Kalau tak ada apa terjadi, kira nasib baik, tapi kalau terjadi apa-apa, menyesal seumur hidup. Akan ingat sampai bila-bila..........klik signal untuk belok. Tak susah mana pun tapi lalai seketika. Jangan le berlaku lagi hendaknya. Cukup lah sekali tu.

Ahad, 19 Jun 2011

Apa nak jadi

Pagi-pagi lagi dah geram. 
Tadi masa hantar anak, terpaksa berenti kat lampu isyarat (sebab lampu merah tak leh jalan).
Tiba-tiba.....ada le sebuah kereta berenti kat sebelah. Yang geramnya dengan selamba je dia bukak tingkap dan buang satu bungkusan plastik ke atas jalan. Tak de le dia rasa bersalah sikit pun. Agaknya dalam fikiran dia tentu kata, lantaklah bukan rumah aku. Kalau semua orang ada sikap begini habislah negara kita penuh ngan sampah sarap. Bukan sekali dua perkara cam ni berlaku depan mata. Macam=macam benda yang melayang dari tingkap kereta. Bukan setakat plastik, kulit rambutan pun ada. Nasib baik bukan kulit durian. Apa nak jadi....................

Kalau kempen beribu-ribu kali pun, tak de maknanya kalau kita sendiri tak dapat mengubah sikap negatif ni. Penatnya cikgu Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral mengajar nilai-nilai murni. Satu pun tak diguna pakai. Letak le papan tanda sebesar dataran merdeka pun, sampah tetap dibuang merata-rata. Kadang-kadang dibawah papan tanda tu yang betimbun sampah.

Saya masih ingat ketika makan disebuah restoren makanan segera. Ada sebuah keluarga mat saleh ni, lepas makan dia bawa semua bekas2 makanan dan buang ke dalam tong yang disediakan. Bukan ayahnya aje tapi ibu dan anak-anaknya pun buat perkara yang sama. Malu tengok sikap kita yang terlalu menganggap ada orang lain untuk buat semua tu.

Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Renung2kan.

Sabtu, 18 Jun 2011

Selamat hari lahir dan selamat hari Bapa untuk My Hubby

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat hari lahir untuk suami Tercinta pada 15 Jun ari tu. Semoga tercapai segala impian. Panjang Umur, Murah Rezeki. Sihat Tubuh Badan, bahagia dunia dan akhirat.




SELAMAT HARI BAPA

Bulan Jun adalah hari bapa. My hubby ada dua hari yang disambutnya pada bulan ni. Hari lahir dan hari bapa. Kira terbaik lah tu. Jadi tak payah pening nak beli hadiah dua kali. Buat 2 in 1 aje. Buat suami, selamat hari bapa. Moga jadi pemimpin keluarga yang sejati dan contoh terbaik kepada anak-anak. Kami sayang abah dan terima kasih kerna sabar melayan kerenah kami. Terima kasih juga kerna keperihatinan dan kasih sayang yang diberi kepada kami semua.  Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita semua. Amin. INSYAALLAH


Ahad, 12 Jun 2011

Semangat perlu ada


Lagu untuk memotivasikan diri - pasai dah mula keje balik esok. Maklum le dah cuti panjang, mula le liat. Lebih-lebih lagi hari isnin (Monday blues). Perjuangan masih belum selesai. Mesti diteruskan.

Cuti sekolah dah habis

2 minggu cuti. Besuk dah sekolah. Bermula rutin seperti biasa. Anak-anak dah tak boleh tidur lewat dan bangun lewat.

Persediaan ke sekolah dah selesai. Baju dah digosok, kasut dah dikapur, beg dah dikemas. Kerja sekolah dah selesai semuanya. Bagus. Besuk boleh sekolah tanpa masalah. Tentu anak-anak tak sabar nak berjumpa kawan-kawan. Banyak cerita yang tersimpan selama dua minggu akan dikongsi bersama kawan-kawan.

Apa-apa pun pelajaran mesti diteruskan. Jangan asyik bersembang sampai guru mengajar pun tak masuk dalam otak. Ada yang besuk nak menghadapi peperiksaan. Jadi selamat berjaya, tentulah kan, 2 minggu dah buat ulangkaji. Betul ke? atau malam ni baru nak buka buku.

Ibu-ibu tentu sibuk seawal pagi, sediakan anak-anak untuk ke sekolah, Sarapan, bekalan, duit belanja dan adakalanya menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Oh...penat juga. Nak kerja lagi. Waktu ni le terasa tak cukup kaki nak kejar masa. Nak masak lagi, nak kemas rumah, nak basuh kain, angkat kain, lipat kain. Nak fikir pasal homework anak-anak dan homework sendiri. Jangan Stress ye, nanti cepat tua. Buat je le apa yang termampu. Kesihatan perlu juga di jaga.

-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT BERTUGAS CIKGU-


Jumaat, 10 Jun 2011

Hospital dan Kesabaran

Anda sakit....sudah tentu akan pergi hospital. Paling tidak pun akan ke klinik kalau tak berapa serius. Tapi kalau penyakit yang memerlukan rawatan susulan sudah pasti hospitallah tempatnya.

Orang ramai yang memerlukan rawatan pasti akan menunggu gilirannya dengan sabar. Baik pesakit atau orang-orang yang mengiringnya. SABAR....walau mengambil masa kadang kala hingga 2 atau 3 jam tapi semuanya nampak sabar. Tak de yang amuk atau memaki hamun dikaunter. walau ada sedikit rungutan ditempat duduk menunggu tapi mereka tetap sabar.

Kalau dilihat jumlah orang yang datang ke hospital, memang boleh di agak berapa lama kita perlu menunggu giliran. Untuk mendapat nombor bilik doktor sahaja kadang kala mengambil masa sehingga 1 jam. Kemudian menunggu nombor dipanggil untuk berjumpa doktor juga hampir 1 jam. Ada masanya kita sudah gembira bila giliran kita tiba. Tapi diminta pula berjumpa dengan doktor lain. Menunggu lagi tapi tetap sabar.

Adakah anda masih boleh bersabar jika bila nama dipanggil,  jururawat memberitahu doktor yang sepatutnya anda berjumpa sedang bercuti dan memberi temujanji baru untuk anda. Ini betul-betul menguji kesabaran. Tapi tak ape lah asalkan ada ubat yang mencukupi untuk tempoh tersebut.

Nak ambil ubat, kena tunggu lagi.  oh tidak......kalau tak sabar memang boleh stress dibuatnya. Berasap kepala. Kalau tak de masalah dapat ubat cepat. Kalau ada , alamat kena dua tiga kali berulang dari farmasi ke bilik doktor untuk buat pengesahan. Kalau ini terjadi kena ambil air sembahyang untuk tenangkan diri.

Bila difikirkan bukan sahaja hospital kerajaan, hospital swasta pun kadangkala terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah Bersabar.

Khamis, 2 Jun 2011

Kau satu dalam sejuta

Soalan ini sering saya tanya pada anak bongsu. "Adik sayang ibu atau sayang abah?" Sayang ibu dan abah jawabnya. Kadang kala saya juga gemar bertanya "adik sayang ibu banyak ke sayang abah banyak?". Sayang ibu dan abah banyak-banyak jawabnya jujur. Puas hati dengan jawapannya saya tak bertanya lagi selepas tu. Cuma rasa bangga kerana si bongsuku ini tak membezakan kasih sayangnya kepada kami. Harap selamanya.

Bulan Jun ni, sinonim dengan sambutan hari bapa. Tapi tak le semeriah hari ibu. Kenapa ye?. Apa bezanya ibu dan bapa. Jika kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih bapa bawa bahagia dan sepanjang masa. Jadi bapa juga perlu dan layak dihargai. Walau segagah manapun mereka, garang atau tegas ke mereka, dalam hati mereka tetap ada taman, yang perlu dijaga, di baja dan di siram dengan kasih sayang. Jika masih ada bapa hargailah mereka. Berikan kasih sayang yang mereka perlukan. Saya telah kehilangan bapa sebelas tahun yang lalu. Terasa sangat kehilangannya. Walaupun abah (panggilan untuk arwah) jarang menunjukkan kasih sayangnya. Tapi saya tahu dia sayangkan anak-anaknya.
Hingga kini saya sentiasa rindu akan jenakanya. Walaupun arwah garang dan tegas orangnya, tapi arwah juga suka bergurau. AL-FATIHAH untuk arwah abah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



Bagi kaum bapa, tak kira  tua atau muda, asalkan  bergelar bapa, selamat hari bapa. Awalnya saya beri ucapan. Tak mengapa. Takkan basi kot. Adakah anda salah seorang bapa yang hebat?  Pernah saya terbaca satu artikel yang berbunyi, Anda adalah bapa yang hebat jika:
a.   anak-anak menjadikan anda hero atau idola mereka
b.   anak dan isteri sentiasa gembira bila anda di sisi mereka
c.   anak dan isteri rasa sedih dan rindu bila berjauhan dengan anda
d.   anda dapat mendidik dan membimbing anak dan isteri ke jalan yang di redai olehNYA.
Renung-renungkan dan selamat beramal.