ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 28 November 2011

Istana Kellie

Bila akak menonton drama Nilapura yang disiarkan di TV3 tadi, terpesona pulak akak melihat lokasi penggambarannya. Menurut anak akak, penggambarannya dibuat di kellie's Castle atau dalam bahasa Melayunya Istana Kellie. Terletak berhampiran Batu Gajah, tak berapa jauh dari bandaraya Ipoh ni. Tak sampai setengah jam pun kalau menaiki kereta. Perkara biasa, kalau dah tinggal berdekatan tentu tak pernah nak pergi melawat. Tapi kerana menonton drama Nilapura, hati akak terpanggil pulak untuk membuat kunjungan ke sana. Kesempatan di musim cuti sekolah ni akak ambil untuk menjejakkan kaki ke Istana Kellie yang penuh sejarah dan misteri ni.



Istana Kellie  di bina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British
bernama William Kellie Smith.


Bangunan tiga tingkat ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India.


Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia
dan dilengkapkan dengan lif yang dikatakan pertama dibina Tanah Melayu.



Koridor ditingkat bawah bangunan yang diwarnakan putih.



Reka bentuk yang unik dan menarik menjadi tarikan pengunjung



Ini ialah tingkat ke dua bangunan ini yang dikatakan untuk dijadikan sebuah
padang tenis berlantaikan simen


Di bumbung tingkat tiga bangunan. Rasa 'gayat' bila berada di sini kerana kawasan persekitaran yang terbuka tanpa pagar. Seram bila tengok bawah. Bertambah seram bila terlalu ramai pengunjung bersesak di atas ni. Takut2 pun sempat juga suruh anak berposing. 


Istana ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia . Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain tu ramai juga pasangan pengantin yang merakamkan detik bahagia mereka di Istana ini.

8 ulasan:

NzA berkata...

pernah pergi 2-3 thn lepas ttp anak xmo masuk..takut katanya..snap pic pn xjadi....alahai anak...anak....

Rina Rahamat berkata...

sy belum penah jejak istana nih..akak kat sini bnyk kisah misteri kan..pemilik istana tu mmg meninggal ke atau hilang mcm tu sj? (penah terbaca mcm tulah ktnya)

Puan Kutu berkata...

tak pernah smp..selalunya lalu jer..tepi jalan jer kan?tp mmg tak pernah nmpk.dasar tak peka.haha..

dulu mmg berminat pasal tmpt nie..byk jugak baca cerita tentang nie..

dengar kata berhantu..istana nie pernah ditutup n dibuka dan dibangunkan semula utk pelancongan..

lif tu tak siap sebab pekerjanya mati kan? ye ke pemiliknya hilang cik betty?mmg byk misteri.seram.haha..

anggunpesona berkata...

@NZA
Kalau tgk dari luar memang agak seram lebih2 lagi kalau dengar cerita penuh misteri ttg istana ni. Tapi bila dah masuk rasa teruja pulak.

anggunpesona berkata...

@Rina
Mengikut info yang akak baca, Pemiliknya meninggal disebabkan penyakit pneumonia.
Mmg banyak misteri di sini. Pokok yang ada kepala beruang pun ada, tapi akak lupa nak ambil gambarnya.

anggunpesona berkata...

@PK
Dikatakan pekerjanya banyak mati disebabkan penyakit misteri.
Kalau nak lebih seram, dengar cerita roh pemiliknya masih lagi berkeliaran di koridor. Tak tau lah samada cerita ni fakta atau auta.

mrs kayrul berkata...

dulu masa g perak lalu je kawasan tue, tak pernah plak singgah

anggunpesona berkata...

@kayrul-shah
Kalau lalu sekali lagi, singgahlah.