ASSALAMUALAIKUM



Sabtu, 16 Julai 2011

ReUnion

ReUnion atau dalam bahasa orang kita perjumpaan semula. Dah jadi trend masa kini, ada je reunion yang dirancang baik pada  hujung minggu atau pada musim cuti sekolah. Dari bekas pelajar sekolah hinggalah bekas pelajar Institut pengajian tinggi, pasti tak terlepas mengadakan reunion masing-masing. Apa istimewanya reunion ni ye?

Bila  reunion dapatlah kita berjumpa semula ngan kawan-kawan yang pernah belajar bersama-sama. Masa di sekolah atau masa zaman belajar kan banyak kenangan.  Jadi bila dah berkumpul semula dapat le mengimbas  nostalgia dulu. Baik yang manis mahupun yang pahit. Dapat juga kita mengetahui kisah-kisah kawan yang dah lama tak berjumpa. Apa, mengapa, bagaimana,kenapa dan dimana. Semua info tu kita boleh dapat masa reunion. Selain tu dapat juga mengeratkan kembali silaturrahim.

Tahniah buat sesiapa sahaja yang berjaya menganjurkan reunion dengan jayanya. Bukan senang nak mengumpulkan semula semua kawan-kawan . Maklum sajalah, masing-masing dah ada komitmen. Dah sibuk dengan kerjaya dan  keluarga. Silap-silap haribulan hanya 2, 3 orang je yang muncul. Nak pilih tarikh dan tempat pun ada masalah juga. Ada yang nak tarikh ni, orang lain pula tak dapat. Ada yang nak buat di tempat ni, orang lain tak setuju. Pening kepala ketua yang mengelolakannya.
Ada yang suka buat dihotel, ada yang suka buat di sekolah lama lebih nostalgia katanya.
Macam-macam pendapat yang diberi. Akhirnya tak menjadi.

Akak pun pernah join reunion bekas pelajar Uitm batch akak , 2 tahun lepas.  Walaupun dah bertahun-tahun tak jumpa tapi masih lagi boleh kenal kawan-kawan. Cuma yang berubah fizikal aje lah. Ada yang dah semakin besar. Ada yang bertambah kecil. Ada yang dah botak dan ada yang masih maintain. Kalau dah lama tak jumpa, sembang pun tentu panjang. Banyak benar cerita yang nak dikongsi. Dari nostalgia masa belajar bersama hinggalah cerita terkini lagi sensasi. Baru-baru ni pun ada kawan yang ajak buat reunion lagi. Masa dan tempat pun dah dipilih oleh ketua reunion, tapi  ramai yang tak dapat join. Lagipun baru saja jumpanya. Biarlah 3 atau empat tahun lagi, barulah best nak bukak cerita.



10 ulasan:

NzA berkata...

mmg seronok bila lama xjumpa..sy skrg cuma brjumpa kwn lma kt FB je...last year smpt juga kwn buat mini reunion cz susah nk kumpul ramai2. msg2 dh dok jauh n ada yg dh menetap di oversea......

anggunpesona berkata...

NZA: Betul tu, mmg susah nak kumpulkan kawan-kawan cz semua dah merantau. Berhunung di alam maya aje lah

puanbee berkata...

saya tk pernah join reunion apa2 pun , tp jumpa jugak lah kawan2 lama ..

anggunpesona berkata...

Apa kata Bee yang anjurkan. Tentu dapat sambutan. Sekarang ni dah senang, bukak je FB terus boleh sembang ngan kawan-kawan lama.

Rina Rahamat berkata...

baru² ni sekolah sy pon ada buat reunion..mrsm batch 95/96 tp kita x gi pong sbb tahle mcm segan..

anggunpesona berkata...

Rina: Akak dulu pun segan gak nak jumpa kawan lama. Tapi bila dah jumpa mcm2 cerita keluar.

Puan Kutu berkata...

sekolah n upnah buat reunion tp tak berkesempatan nak join lg..dulu dok jauh.skang dh pindah nie teringin gak nak buat.tp masing2 dah ada komitmen,tu yg ssh nak kumpul semua..

anggunpesona berkata...

Pn. Kutu: Itulah masalah utama kalau nak buat reunion. Masing-masing sibuk. Mana yang berkesempatan saja yg boleh join.

Puan Kutu berkata...

tulah kan...emm..tp ekceli dpt jugak jmpk kengkawan lama time knduri bff hari tu..

anggunpesona berkata...

Time kenduri ada masanya mmg boleh berjumpa kwn lama. Bagus juga tu.