ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 4 Jun 2012

Hari Ibu dari anak bongsuku

Hari Ibu dah lama berlalu tapi akak baru nak masukkan entri khas sempena Hari Ibu. Setelah sekian lama membiarkan blog ni bersawang, baru hari ini ada kesempatan untuk membuat entri baru untuk tahun 2012. Dah dekat setengah tahun tu.

Macam biasa setiap tahun hari ibu akan disambut meriah. Bagi akak setiap hari adalah hari untuk meraikan ibu. Walaupun dah lama ibu meninggalkan akak, tapi kasih sayangnye masih lagi terasa.
Di manakan ku cari ganti.


Terima kasih adek kerana sentiasa ingat Hari Ibu

Seperti tahun2 lepas, anak bongsu akak tetap tidak melupakan hari istimewa ini. Dalam diam, dia telah membeli sesuatu untuk diberikan kepada akak. Walaupun tidak mahal tapi cukup membuat hati akak tersentuh.


beg kertas yang comel hadiah sempena hari ibu


Rupa2nye dalam beg ada macam2 lagi. Ade Sajak, kad dan alat tulis.

Sajak yang ringkas tapi cukup untuk menitiskan air mata akak

Kad ucapan yang dibuat sendiri. Ada sajak lagi.
 
 
ayat2 yang membuatkan akak ketawa dalam sedih.


TERIMA KASIH ADEK.
SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA

Tiada ulasan: