ASSALAMUALAIKUM



Sabtu, 9 Jun 2012

Santai di Eco Park Taman Botani

Assalamualaikum


Bila rasa penat dan rasa nak relaxkan minda, Eco Park Taman Botani, Ipoh adalah tempat yang sesuai. Terletak di dalam kawasan perumahan Taman Botani. Boleh bersantai sambil melihat pemandangan yang mendamaikan. Nak jogging atau walking memang tempat ni  paling ideal kerana kawasannya yang luas. Waktu cuti sekolah tempat ni memang lebih meriah dari hari2 biasa.


Taman yang dibina khas untuk penduduk Taman Botani beriadah

Sejuk mata memandang

Suasana damai yang dapat menghilangkan stress

Ikan2 yang sentiasa menanti makanan. Kalau tak bawa makanan, 
janganlah risau kerana di sini ada menjual makanan untuk ikan2 tersebut. RM2 
untuk satu paket. Biasanya kanak-kanak paling teruja melihat ikan makan.

Salah satu tempat yang menarik

Sebenarnye, banyak lagi tempat yang menarik dalam kawasan eco park ni. Tapi akak hanya sempat ambil beberapa lokasi sahaja untuk di sharekan dalam entri ni. 
Memang menarik, kalau rasa nak berbasikal atau nak main badminton, silakan. 

Selamat beristirehat dihujung minggu. 

Tiada ulasan: