ASSALAMUALAIKUM



Selasa, 12 Julai 2011

Siap sudah

Anak bongsu akak masuk gimrama sempena sukan tahunan sekolahnya.
Teruja sungguh bila terpilih untuk acara tu. Budak-budak memang tahu seronok je.
Yang dia tak tahu penatnya berlatih nanti dalam musim yang panas ni.

4 hari lepas , anak akak sibuk suruh beli tali rafia. Warna biru katanya.
Untuk apa akak tanya. Nak buat pom-pom.
Demi anak tersayang, beli la juga   2 gulung. Nak buat disekolah katanya.
Dalam hati berkata, menambah kerja cikgu aje.  Rupanya tidak.
Anak akak bawa balik tali tu bersama ukuran yang telah dibuat oleh cikgunya.
Nampak gaya, proses seterusnya akak le yang kena buat. Oh... tidak.
Tapi kalau bukan akak, sapa lagi. Kesian pulak tengok dia terkial-kial potong tali-tali tu.
Buat juga le dengan penuh kasing sayang.

Mula-mula kena potong tali ikut ukuran yang cikgu beri.
Lepas tu kena belah-belah tali tu supaya ia menjadi halus dan gebu.
Tak susah manapun. Tapi renyah tang nak jadikan tali tu halus-halus.
 Lenguh juga le jari jemari akak ni.
Akhirnya siap juga tali pom-pom seperti yang dikehendaki.
Senyum sampai telinga si bongsu akak ni.



Ini le rupa pom-pom tu. Tak tahu le apa perkataan yang sesuai untuk benda ni .
Yang pasti anak puas hati. Tak sabar dah nak berlatih gimrama hari ni.
Bukan apa nak tunjuk kat cikgu. Buatnya cikgu kata tak cantik, habislah kena buat lain.
 Harap-harap cikgunya terima le pom-pom ni seadanya.

Kalau terjumpa benda macam ni tengah-tengah malam, mau bukak langkah seribu, cabut lari.

Selamat bergimrama anakku.


8 ulasan:

puanbee berkata...

tak tahu nk nilah pompom yg cantik cam mana kak.. hee ok dh tu

anggunpesona berkata...

Bee: Boleh bukak kedai jual pom-pom le akak lepas ni.

Rina Rahamat berkata...

cantik ah dah tu..kalau cikgu nk cantik lg suh dia buat sendiri hehe..misti best nnt bebudak joget gimrama..

Puan Kutu berkata...

waduh penuh kasih syg dan kesabaran betullah...klu sy tak tau la mampu ke tak buat benda tu..:)

anggunpesona berkata...

Rina: Bukan bebudak aje, cikgu pun teruja sama.

anggunpesona berkata...

Pn Kutu: Demi anak akak turut kan juga. Hu hu hu

NzA berkata...

cantik apa pom-pom tu.....
sy pernah buat pom2 tu utk hari perbarisan sempena suka..jenuh jugak nk siapkan.....

anggunpesona berkata...

NZA: Cikgu berkorban demi anak-anak murid. Bila dah selesai semuanya, barulah lega.