ASSALAMUALAIKUM



Sabtu, 9 Julai 2011

Jangan main api

Warisan

Anak Kecil Main Api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai Teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara
Melayukan gagah di nusantara
Melayukan gagah di nusantara

Pertama kali akak dengar lagu ni masa akak di tingkatan enam rendah. Masa tu ada program motivasi sempena minggu orientasi pelajar baru. Pertama kali diperdengarkan memang terkesan di hati. Lagu ni benar-benar menaikkan semangat untuk kita cintakan tanah air. Ramai pelajar yang menangis apabila sama-sama menyanyikannya. Nak tahu kenapa?  kerana kami semua sangat sayangkan negara ni. Tak sanggup apa yang kita ada sekarang hilang sekelip mata gara-gara individu yang tak bertanggungjawb.

Kali kedua semasa akak menjalani minggu orientasi di UITM. Setiap pagi dan malam, kami perlu menyanyikan lagu ni dengan penuh semangat. Kalau tak boleh menyanyi dengan betul siap le kena marah dengan senior.  Hasilnya sampai sekarang lagu ni tetap di hati.

Entry ni  di tulis disebabkan oleh senario yang berlaku hari ni di ibu negara. 58 jalan di tutup, peniaga terpaksa tutup kedai, kerugian sampai jutaan ringgit, jalan sesak teruk. Banyak aktiviti tergendala. Tak nampak pun apa faedahnya selain daripada menyusahkan semua orang.

Sekalung tahniah untuk semua anggota keselamatan yang dapat mengekang sebarang kejadian yang tidak diingini. Menjaga keamanan dan ketenteraman semua. Syukurlah tiada perkara buruk yang berlaku hari ni, untuk esok jua dan selamanya.

Jangan bermain api kerna kita tahu sifatnya membakar. Jika terbakar merana diri. Untuk pulih semula perlu masa yang panjang. Sanggupkah kita........

8 ulasan:

Puan Kutu berkata...

orientasi nyanyi lagu nie ekk..macam takpernah dgr jer.yg pling penting lagu uitm dihatiku.nyanyi penuh smgt.Bersatu kita pelajar uitm..kita bangsa perkasa.taat dan setiaku utk negara,penuh semangat waja...lagu paling best!hehe...

anggunpesona berkata...

Lagu uitm memang best. Masa zaman akak lagu warisan ni pun wajib hafal. Kita bangsa perkasa, taat setiaku untuk negara. Terkenang....

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

lagu ni pengkhianat bangsa kena nyanyik hari-hari..

melayu x nak bersatu..berhimpun demi kepentingan rakyat (kononnya) sbnrnya demi kepentingan politik sendiri..

puanbee berkata...

tak sanggup juga anggun kalau kita sendiri kena pun meranung kan

anggunpesona berkata...

Rina, akak sokong 100%

anggunpesona berkata...

Bee, Kalau tak nak meraung, jauhkan diri dari api ye.

NzA berkata...

lagu sapa nie????

anggunpesona berkata...

Kalau pernah ikut kursus BTN, memang lagu ni cukup popular.