ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 4 Ogos 2011

Kibarkan Jalur Gemilang 1

 
Bulan Ogos sudah masuk hari yang ke empat. Kita pun dah berpuasa selama 4 hari. Bulan Ogos juga adalah bulan di mana negara kita menyambut hari kemerdekaan. Tahun ini adalah tahun yang ke 54 negara kita merdeka. Telah menjadi kebiasaan mejelang kemerdekaan, kempen mengibarkan Jalur Gemilang  turut di lancarkan.

Tahun ini kempen kibarkan Jalur Gemilang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2011 di KL Sentral bertemakan 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berbangga untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang yang merupakan salah satu identiti negara kita.  Sama-samalah kita mengibarkan bendera untuk menzahirkan rasa cinta dan patritotisme kita terhadap negara. Selain itu, ia juga dapat menyemai rasa kekitaan dan perpaduan seluruh rakyat Malaysia khusunya kalangan generasi pasca merdeka.

Jangan kita rasa malu sebaliknya perlu berbangga mengibarkan bendera negara di mana-mana sahaja. Baik di rumah, pejabat, sekolah mahupun di kenderaan. Lebih patriotik jika bendera itu kita beli sendiri dan gantung sendiri di kediaman atau kenderaan kita. Mana-mana yang dah lusuh atau dah koyak ganti le dengan yang baru.

Jadi  tunggu apa lagi....Semarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke 54 dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Tahun ini sambutan Hari kemerdekaan di adakan pada 16 September 2011 kerana tarikh 31 Ogos jatuh pada Hari Raya Aidil Fitri.  1 Malaysia:Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Kibarkan Bendera Kita

Hormatlah Bendera Kita
Ia lambang negara
Bersatu padu Kita Di bawahnya
Hidup Berkeluarga
Putih Merah Biru Kuning
Warna Bendera Kita
Berkibar-kibar Megah Di angkasa
Kemegahan Semua
Kibarkan Bendera Kita


12 ulasan:

Puan Kutu berkata...

dh kibar dah jalur gemilang kt opis nie.hehe..

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Mcm tu baru le dikatakan berjiwa patriotik.

addinahumaira berkata...

Tp akhir2 ni x ramai yg pasang bendera mcm dulu2 kan. K

anggunpesona berkata...

*Addinahumaira
semangat patriotik generasi sekarang ni dah semakin kurang.

NzA berkata...

kat sk dh brkibar dh....meriah.

anggunpesona berkata...

*NZA
Baru terasa nak merdekakan. Salah satu cara nak pupuk nilai patriotik dalam kalangan murid ialah mendidik mereka menghormati dan mencintai bendera.

Rina Rahamat berkata...

kita hormat bendera kita tp org asing sesuka hati pijak dan bakar bendera kita bila x puas hati..

Puan Kutu berkata...

kt opis jer la.kt umah nie takde bendera.klu ada yg nak bg free skang jugak sy gantung.haha..

anggunpesona berkata...

*Rina
Itulah sebabnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu sayangkan bendera sendiri.

anggunpesona berkata...

*Pn. Kutu
Mintaklah boss sponsor untuk staff

puanbee berkata...

dah kibar dah siap blog pun ada

anggunpesona berkata...

*Pn Bee
Generasi muda yg patriotiklah PB ni ye. Syabas.