ASSALAMUALAIKUM



Sabtu, 20 Ogos 2011

Kibarkan Jalur Gemilang 2

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Tidak lama lagi negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 54.
Sekolah akak pun tak mahu ketinggalan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melihat semua premis mengibarkan Jalur Gemilang.. Boleh dikatakan setiap sudut sekolah diletakkan Jalur Gemilang.  Lebih membanggakan murid-murid turut sama menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di dalam kelas masing-masing. Walaupun kawasan sekolah agak sempit,  tapi tidak mematahkan semangat untuk sama-sama menghayati bulan kemerdekaan yg penuh nostalgik ini. Dalam usaha untuk menanam semangat jitu cintakan negara dalam kalangan pelajar, mereka seharusnya terlebih  dahulu perlu diajar mengenali dan menghormati bendera negara. Bila mereka tahu menghargai dan menghormati bendera, mereka juga secara tak langsung akan menghargai dan mencintai negara.

















Semangat patriotik yang dijana secara terancang dan berterusan akan dapat melahirkan warga Malaysia yg mempunyai semangat patriotik sepanjang hayat. Bersama-samalah kita menghargai jasa pemimpin yang telah berkorban dalam mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara. Hargailah apa yang kita ada hari ini demi masa depan generasi akan datang


MALAYSIA ' WO AI NI'


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 54

4 ulasan:

Puan Kutu berkata...

meriah tgok bendera nie..tmpt keja sy pun meriah dah ngan jalur gemilang..:)

anggunpesona berkata...

*Pn. Kutu
Bila tgk semua bendera di kawasan sekolah rasa bangga jadi anak Malaysia yg ada jiwa patriotik.

NzA berkata...

wow, meriahnya..sk sy jz pasang2 bendera ttp blm buat smbutan lg...sibuk dgn tadarus dan latihan marhaban utk raya nnti.....

anggunpesona berkata...

*NZA
Bertadarus dan marhaban tu lagi baraqah. Saya tak merasa tu semua kerana mengajar di smjk.