ASSALAMUALAIKUM



Ahad, 26 Jun 2011

Jom Pergi Lawatan

Jauh berjalan luas pandangan. Kalau dah jalan jauh-jauh tentu banyak yang kita dapat tengok dan dapat belajar. Selain tu dapat gak mengenali budaya setempat. Entry saya kali ni tentang lawatan sambil belajar bersama-sama rakan sejawat dan pelajar.
Setelah beberapa minggu membuat persediaan, hari ni tiba masa untuk kami melaksanakannya. Bila semua dah bersedia, kami pun bertolak tepat pukul 8.00 pagi.

Tempat pertama yang dituju ialah di Pusat Pembiakan Tuntung di Bota. Saja pilih tempat ni kerana ada kelainan dari lawatan-lawatan terdahulu. Hari sabtu, sepanjang jalan untuk masuk ke pusat pembiakan tuntung ada pasar pagi. Jadi kami terpaksa turun dari bas dan berjalan kaki ke pusat tersebut. Tak jauh sangat, lebih kurang 100m. Lagi bagus dapat juga kami singgah dibeberapa gerai jualan. Nampak pelajar teruja sangat. Maklumlah jarang-jarang masuk ke kawasan kampung. Sampai najis lembu pun mereka tangkap untuk kenangan. Nak masuk dalam facebook kata mereka. Suka hatilah asal mereka sentiasa ikut arahan.

Inilah bahagian hadapan Pusat Pembiakan Tuntung, Bota

Sedikit taklimat diberi oleh pegawai bertugas. Selepas tu, kami bebas untuk meninjau kawasan sekeliling. Pertama kali datang ke sini, jadi semua nak ditengok. Macam-macam info yang ada berkenaan tuntung dan sejarah daerah Bota. Dapat juga sedikit pengetahuan di sini. Tuntung ni macam penyu cuma cengkerangnya beza sikit. cengkerang tuntung lebih bulat dan licin. Musim tuntung bertelur ialah pada bulan November dan menurut sumber, tuntung hanya boleh dilihat di Bota sahaja. Tempat lain tak de. Kalau nak tengok tuntung datang le ke Bota. Telurnya pun boleh dimakan. Boleh di beli dengan harga RM3.00 sebiji. Tapi hari ni bukan musim tuntung bertelur. Kempunan nak makan telur tuntung.
Comelkan baby tuntung ni (baru 3 bulan usianya)
Destinasi kedua ialah ke Tanjung Bidara, Pulau Tiga. Tempat membuat labu sayong. Tapi tak besar sangat macam di Kuala Kangsar. Jadilah, asalkan pelajar dapat tengok sendiri cara labu dihasilkan. Pelajar pun tak ketinggalan membeli labu untuk kenangan. Senyum taukeh labu dibuatnya.

 Beli jangan tak beli

Destinasi terakhir ialah ke kompleks sejarah Pasir Salak. Di sini macam-macam boleh di lihat dan di baca untuk pengetahuan setiap pengunjung. Memang ok tempat ni. Sejarah pasir salak, tentang JWW Birch hinggalah ke pengistiharan kemerdekaan ada di sini. Tak lupa juga berbagai-bagai jenis keris di pamerkan. Yang paling best bila naik ke rumah Kutai. Pelajar dapat merasa suasana tinggal di rumah tradisional.

Dalam terowong ni banyak rentetan sejarah di pamerkan.
Bagus untuk pelajar menambah ilmu

Tugasan terakhir, pelajar kena buat khidmat masyarakat. Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran kompleks. Ini objektif sebenar kami bagi lawatan kali ni. Kami diberi beberapa kawasan oleh pegawai untuk menjalankan projek. Pelajar ok je, jadi tak de masalah. Tugasan  dapat dijalankan dengan lancar dan objektif pun tercapai. Yang penting gambar mesti ada. Sesekali belajar diluar bilik darjah memang memberi impak yang positif kepada pelajar. Hilang stress.

Apabila semua aktiviti yang dirancang selesai, bertolak le kami semua balik. Singgah makan dulu dan bila perut dah kenyang semua senyap. Dalam perjalanan ada pelajar cadangkan kami singgah ke Kellies Castle. Jadi singgah le seebentar. Tengok dari luar je, takut nak benarkan pelajar masuk bila tengok keadaan di bahagian bumbung istana tu tidak berpagar. Pelajar frust jugak tapi demi keselamatan.

Semua tempat dah pergi, sambung perjalanan balik.  Penat sungguh rasanya tapi ianya satu perjalanan yang penuh dengan pengetahuan.

Tiada ulasan: