ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 2 Jun 2011

Kau satu dalam sejuta

Soalan ini sering saya tanya pada anak bongsu. "Adik sayang ibu atau sayang abah?" Sayang ibu dan abah jawabnya. Kadang kala saya juga gemar bertanya "adik sayang ibu banyak ke sayang abah banyak?". Sayang ibu dan abah banyak-banyak jawabnya jujur. Puas hati dengan jawapannya saya tak bertanya lagi selepas tu. Cuma rasa bangga kerana si bongsuku ini tak membezakan kasih sayangnya kepada kami. Harap selamanya.

Bulan Jun ni, sinonim dengan sambutan hari bapa. Tapi tak le semeriah hari ibu. Kenapa ye?. Apa bezanya ibu dan bapa. Jika kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih bapa bawa bahagia dan sepanjang masa. Jadi bapa juga perlu dan layak dihargai. Walau segagah manapun mereka, garang atau tegas ke mereka, dalam hati mereka tetap ada taman, yang perlu dijaga, di baja dan di siram dengan kasih sayang. Jika masih ada bapa hargailah mereka. Berikan kasih sayang yang mereka perlukan. Saya telah kehilangan bapa sebelas tahun yang lalu. Terasa sangat kehilangannya. Walaupun abah (panggilan untuk arwah) jarang menunjukkan kasih sayangnya. Tapi saya tahu dia sayangkan anak-anaknya.
Hingga kini saya sentiasa rindu akan jenakanya. Walaupun arwah garang dan tegas orangnya, tapi arwah juga suka bergurau. AL-FATIHAH untuk arwah abah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.



Bagi kaum bapa, tak kira  tua atau muda, asalkan  bergelar bapa, selamat hari bapa. Awalnya saya beri ucapan. Tak mengapa. Takkan basi kot. Adakah anda salah seorang bapa yang hebat?  Pernah saya terbaca satu artikel yang berbunyi, Anda adalah bapa yang hebat jika:
a.   anak-anak menjadikan anda hero atau idola mereka
b.   anak dan isteri sentiasa gembira bila anda di sisi mereka
c.   anak dan isteri rasa sedih dan rindu bila berjauhan dengan anda
d.   anda dapat mendidik dan membimbing anak dan isteri ke jalan yang di redai olehNYA.
Renung-renungkan dan selamat beramal.


Tiada ulasan: