ASSALAMUALAIKUM



Rabu, 29 Jun 2011

Kaki yang sering diabaikan

Bangun pagi ni terasa sakit di bahagian pergelangan kaki dan bahagian belakang tumit. Dah dua hari rasa macam ni. Fikir-fikir jugak apa puncanya? Banyak berjalan ke atau sebab pakai kasut yang kurang sesuai. Kalau difikirkan anggota paling terabai dalam keseluruhan tubuh manusia adalah kaki. Jarang sangat ambil berat pasai kaki. Bila dah berusia nanti baru lah dapat kesannya. Ini pun dah terkena tempiasnya. Akibat dari sakit kaki ni, tergerak lah hati nak cari maklumat tentang kaki dan titipkan di blog ini:

Fakta Mengenai Kaki
  • 90% manusia menggunakan kasut tidak sesuai dengan saiz serta keadaan kaki
  • Secara purata seorang manusia akan berjalan empat kali pusingan dunia seumur hidup
  • kaki manusia mempunyai 26 tulang, 33 sendi dan lebih daripada 100 urat dan otot

Penjagaan Kaki
  • Basuh kaki terutama bahagian celah jari dan keringkan dengan sempurna
  • Guna sabun dan sapukan pelembab supaya kulit kaki lembut
  • Potong kuku kaki dan jaga kebersihannya
  • Pilih kasut yang sesuai

Tips Memilih Kasut
  • Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengah hari kerana ketika ini kaki mengembang
  • Kaki tidak sama besar. Sebelah kaki adalah lebih besar. Beli kasut yang selesa untuk kaki yang lebih besar. Pastikan jari kaki dapat bergerak dengan selesa tika menyarungkan kasut ke kaki
  • Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari
  • Pastikan tumit kaki anda selesa ketika memakai kasut.
Selama ni beli kasut memang ikut suka je. Mana rasa cantik itu le yang di beli walaupun rasa terseksa memakainya. Kesian kaki. Manalah tak sakit di buatnya.


4 ulasan:

puanbee berkata...

saya selalu pilih kasut waktu malam adeii ...

meh join ni untuk KSRS :
http://honeyvsbee.blogspot.com/2011/06/ksrs-2-kenangan-dulu-dulu.html

anggunpesona berkata...

Betul tu bee. Pasai tengah hari kita sibuk wat keje lain. Nanti akan join. tima kasih.

addinahumaira berkata...

sy pun pernah sakit tumit dan tapak kaki sampai tak boleh pijak lantai..perit sgt saat tu..

anggunpesona berkata...

Addina, tu sebabnya akak ni kena diet takut berat badan naik. Kaki pulak saiz kecik.Nanti tak larat kaki nak bawak badan.