ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 26 Mei 2011

KEHILANGAN LAGI

Minggu ini, saya kehilangan seorang lagi saudara terdekat, bapa saudara yang bongsu atau pak su.
Pak Su memang dah lama menghidap sakit jantung dan selalu keluar masuk IJN. Kali terakhir saya berjumpa pak su setahun yang lepas, semasa ibu kesayanganku meninggal. Teringat kata-kata pak su, kalau dilihat siapa yang selalu masuk hospital pak su yang yang sepatutnya pergi dulu bukannya mak. Tapi itu yang dikatakan ajal dan maut ditangan Allah SWT. Selang setahun pak su pula pergi meyahut panggilan Ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Bila arwah pergi  bermakna sudah tiada lagi orang tua untuk menjadi pembimbing dan rujukan kami ketika ada masalah. Apa yang diharapkan agar kami adik beradik sentiasa bersama tanpa sengketa. Kerana dengan kasih sayang  dan keperihatinan adik beradik sahaja yang mampu menyelesaikan segala masalah.

Iktibar yang dapat diambil dari kehilangan ini ialah, semua yang hidup pasti akan kembali menemui Penciptanya. Cuma tak dapat diduga bila masanya. Apa yang perlu aku lakukan ialah merenung kembali diri. Sudah cukupkah bekalan untuk dibawa kesana. Atau tiada langsung bekalan yang dapat melindungi diri ini. Umur semakin bertambah tapi amalan masih ditakuk lama. Memang umur hanya satu angka tapi dari angka inilah kita perlu renung dan merencanakan apa yang terbaik untuk bekalan kita kelak.

YA ALLAH, ampunkan lah dosa-dosaku, Sesungguhnya aku sering leka dan lalai dengan urusan dunia.

Tiada ulasan: