ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 21 Mac 2011

Pesona Merah Jambu

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 malaysia.

Mearah jambu, merah perlahan, pink colour sama sahaja. Begitu sinonim dengan kaum hawa. Boleh dikatakan kebanyakkan wanita gemar pada warna merah jambu. Dari kanak-kanak yang masih berhingus hinggalah kepada golongan wanita MIDI semuanya gemarkan warna merah jambu. Dari beg sekolah, kotak pensil, kasut, beg tangan, jam, cekak rambut sampailah pakaian mahupun motosikal atau basikal. juga mesti warna merah jambu.  Itu kalau dah terlalu meminati warna merah jambu. Dinding bilik, cadar katil, langsir pun mahukan merah jambu. Bagi penggemar warna ni, ia menggambarkan si empunya diri seorang yang sangat feminin, lembut dan manis. Merah jambu memberi ketenangan dan kedamaian kepada semua yang memandangnya.Itulah keistimewaan warna merah jambu atau itulah yang dikatakan pesona merah jambu.

Tiada ulasan: