ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 29 September 2011

Pagi yang penuh emosi

Kita hanya merancang, hanya Allah SWT yang menentukan. Dari hari jumaat lepas anak bongsu akak  dah rasa teruja kerana sekolah agama rakyatnya akan mengadakan jamuan hari raya pada hari terakhir syawal(Rabu). Dia dah berangan2 nak membawa mee goreng. Biasalah budak2, bila dah itu yg dihajatnya, maka hari2 itu ajelah yg diingatnya pada akak. Dialog yg sama. "Ibu ingat ye, hari rabu nanti adik nak bawa mee goreng". Dalam Sehari dekat dua tiga kali dia ingatkan akak ni.  
  Maka bila tiba harinya, pagi2 lagi akak dah sediakan bahan2 untuk memasak. Tak taulah sedap ke tidak. Tapi untuk budak2 pastikan ianya kurang pedas. Dengan gembira dan penuh kasih sayang akak pun mula menumis. Satu demi satu dicampakkan ke dalam kuali. Baru je akak nak meletakkan sedikit garam, satu detik paling tragis terjadi. Alamak.............gas habis le pulak. Panik akak di buatnya. mana nak dapatkan gas pagi2 buta. Kedai gas pun tak bukak lagi.
Apa yang muncul dalam fikiran akak ialah wajah hampa anak akak, emosi jadinya akak pagi2 ni. Hajat anak bawa mee goreng hancur berkecai. Serba salah akak nak mengejutkannya untuk ke sekolah. Macam mana nak mulakan ayat yang tak menyedihkan dia. Nak tukar dengan menu lain pun dah tak sempat. Bahan2 pun tak de. Bila akak beritahu cerita yang terjadi nampaknya dia faham tapi riak wajahnya menunjukkan kehampaan. Sepanjang perjalanan ke sekolah dia lebih banyak diam. Mungkin dia sedih. Akak pun turut rasa apa yg dia rasa.

Supaya anak tak pergi jamuan dengan tangan kosong, akak pun singgah kat gerai tepi jalan, beli kuih dan isi dalam bekas yang akak dah siap bawa dari rumah. Nampak macam buatan sendiri je. Nasib baik anak akak nak juga bawa kuih tu. Buatnya dia kata nak mee goreng juga. Terpaksalah akak singgah restoren mamak. Pengalaman hari ni membuat akak terfikir, kena spare satu lagi tong gas untuk saat kecemasan.
Kalau tidak beginilah jadinya.

8 ulasan:

Rina Rahamat berkata...

alahai sedihnya..kasihan dia..


tp bukan salah akak jugak..ni semua salah tong gas! time cam gitulah nak habes kan..ngada betol..


mungkin ada hikmah di sebalik semua ni..

anggunpesona berkata...

@Rina
Pagi tu memang anak nampak sedih pasai tak dapat bwk apa yg dia nak. Tapi masa balik sekolah dah mula ceria, maklumlah dapat makan mcm2.

NzA berkata...

Alahai kesiannya...mmg terasa hampakan...Apapun sekurg2nya adalh kuih ganti utk dibawa ke sekolah..

Sy mmg sediakan tong gas spare cz bila gas nk abis mmg xde tanda2 amaran...hi...

addinahumaira berkata...

Kak, mmg berguna spare tong gas time2 mcm tu kan..kesian anak akan tu tp nasib baik dia fhm dan nak bawak jgk kuih lain.kalau tidak lagi haru di pg hari.:)

Puan Kutu berkata...

sy mmg adaspare tong gas lg satu.tp kadang2 ralit tak tengok isi gas.last2 gas habis juga sebelum beli spare gas yg baru.hikhik..takpelah kak benda nak jadi.anak akk baik sebab memahami..

anggunpesona berkata...

@NZA
Itulah mmg kena ada spare. Kalau habis pun dah tak kisah.

anggunpesona berkata...

@addina
Kalau dia tak nak bawak kuih tu alamat akak kenalah jumpa ustazah dia terang perkara yg sebenar.

anggunpesona berkata...

@Pn Kutu
Bila dah jadi baru tau betapa perlunya ada 2 tong gas kat rumah.Walaupun jarang2 masak. hihihi.