ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 12 September 2011

Semoga Kejayaan Menjadi Milikmu

1 Syawal telah pun berlalu tapi suasana berhari raya masih lagi terasa. Tambahan pula ramai yang masih lagi mengadakan rumah terbuka. Begitulah meriahnya sambutan hari raya aidil fitri ni. Hingga ke hujung Syawal pun masih lagi ada jemputan  ke rumah terbuka.

Dalam sibuk2 rumah terbuka, anak-anak kita yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada hari Selasa ni tentu dah mula kecut perut. Bagi yg dah lama bersedia mungkin sudah tak sabar nak menghadapi peperiksaan. Bagi yg suka belajar saat2 akhir dah tentu sedikit menggelabah dibuatnya. Serba tak kena. Mana yang nak dibaca dulu pun dah tak tahu. Apa2 pun harap bertenang, jangan  sampai mengganggu emosi untuk menghadapi peperiksaan.

Tahun ni seorang lagi anak akak   terlibat dalam peperiksaan UPSR. Anak yang nak periksa, mak yang rasa nak demam. Anak rileks je, mak yang kelam kabut suruh buat itu ini. Bukan apa, sekadar memastikan anak dah bersedia fizikal dan mental.  

Semoga semua anak2 tahun 6 dapat menjawab kesemua soalan dengan baik dan beroleh keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Jaga kesihatan sepanjang peperiksaan dan tenangkan fikiran.
Tidur lebih awal dan jangan lupa solat dan berdoa.
Lebih baik lagi, mohon restu dari ibu dan bapa dan juga guru-guru yang banyak berkorban demi melihat kejayaan anak2 semua.

Untuk semua guru SK Sg Rokam Ipoh, jutaan terima kasih diucapkan kerana telah banyak berkorban tenaga dan masa untuk memastikan kejayaan anak2 murid termasuk anak akak ni.  






8 ulasan:

Puan Kutu berkata...

semoga anak akk berjaya dengan cemerlang..Amin..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

oh anak akak tgh UPSR ya..tenang ya kak..insya-allah berkat doa akak mereka boleh jawab dgn tenang..

puanbee berkata...

moga doa akk jd kenyataan lah kan

anggunpesona berkata...

Pn. Kutu
Insyaallah. Terima kasih

anggunpesona berkata...

Rina
Anak akak yang nombor 3. Dah tua akak ni, anak pun dah besar2 belaka. Terima kasih Rina.

anggunpesona berkata...

Pn Bee
Insyaallah. Itu yang semua ibu harapkan. Terima kasih Bee.

NzA berkata...

InsyaAllah, semoga anak AP berjaya mendpt 5A...mmg gitulh, anak2 ambil exam, kita yg kecut perut...hu....

anggunpesona berkata...

@NZA
InsyaAllah. Berkat usaha dan doa guru2 harap berjayalah.