ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 15 Ogos 2011

Kutip derma, Jual CD, Jual minyak angin

Petang tadi saja suka2  melawat bank. Dengar cerita bonus dah masuk. Terima kasih PM yang menyegerakan pemberian bonus kepada penjawat awam. Alhamdullillah rezeki di bulan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan Syawal.

Sambil tersenyum-senyum keluar dari bank terpacul di depan akak, dua orang budak lelaki yang juga tersenyum penuh makna. Mereka memberi salam dan akak pun menjawab salam dengan senyuman juga. Kemudian mereka menghulurkan buku resit dan meminta akak memberi sumbangan ikhlas. Tertulis di buku resit nama sebuah pusat tahfiz. Akak pun mengajukan beberapa soalan dan mereka menjawab dengan ikhlas. Anak-anak ini berpuasa dan masa tu jam sudah pun hampir pukul 6.30 petang. Kata anak-anak ini ustaz akan datang mengambil mereka pada pukul 7 ptg. Kesian anak-anak ini.
Berdiri di depan bank sejak pukul 3 ptg dalam cuaca yg panas.
Dengan  sabar menunggu org yang sudi menghulurkan derma.
Mmg orang kita kebanyakkannya suka menderma lebih-lebih lg di bulan yang mulia ini.
Ramai yg dtg kepada anak-anak ini dan memberikan sumbangan. Alhamdullillah.

 Teringat akak pada hari sabtu lepas. Sedang jalan-jalan cari makan di bazar ramadhan, ada seorang budak lelaki yg dtg kepada akak dan meminta sumbangan. Buku resit yg sama dengan anak-anak ni tadi. Bayangkan lah merata-rata tempat anak-anak ini di letakkan untuk mengutip derma. Di depan bank ada, stesyen minyak, kedai-kedai makan pun mereka ada. Kat bazar ramadhan pun mereka ada. Kadang-kadang mereka menjual CD, minyak angin dan juga kalendar. kata anak-anak ini  kutipan yg mereka buat adalah  untuk sekolah mereka. Rasa simpati kat mereka ni. Bukankah sepatutnya mereka membuat kerja sekolah atau membuat ulangkaji pelajaran. Paling tidak pun beriadah bersama kawan-kawan atau membantu mana yg patut untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Inilah realiti kehidupan anak-anak ini. Semoga tidak ada mana-mana pihak yg mengambil kesempatan ke atas anak-anak ni demi kepentingan sendiri. Mmg niat yang baik melatih mereka berdikari tapi biarlah kena caranya.
Semoga anak-anak ini beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Amin.







12 ulasan:

puanbee berkata...

ini lah kes ustaz guna tenaga anak2 utk dptkan duit sepatutnya kerja tu ustaz2 atau pentadbir asrama yg buat ..

Puan Kutu berkata...

emm bab nie memang tak boleh buat apa kan kak.kadang yg mintak derma tu sindiket, merata tepat dieorg letak,budak2 tu jadi mangsa..

NzA berkata...

trkdg sindiket ni menggunakan nama2 sk agama utk tujuan trtentu..yg jadi mangsa kanak2.....

anggunpesona berkata...

*PB
Betul tu PB, sepatutnya uztaz yg buat. Anak-anak ni kerjanya belajar kan.

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Kadang-kadang kita tgh makan pun anak-anak ni dtg minta derma. Tgk muka diaorang rasa simpati pulak.

anggunpesona berkata...

*NZA
itulah sikap yg tak betul. Pergunakan anak-anak yg tak tahu apa2 utk kepentingan sendiri.

Niena Muhammad berkata...

erm.. tu lah, igt balik zaman kecik dlu, sepatutnya kte xleh nk buat kutipan derma ni sbb ni mengajar anak2 meminta2.. bukankah Rasulullah melarang kte meminta2

anggunpesona berkata...

*Niena
Sepatutnya ustaz mereka lebih arif ttg perekara begitu. Tapi itu lah yg terjadi sekarang ni.

Rina Rahamat berkata...

tahla ya..isu ni penah dibangkitkan oleh mastika dulu..kita kan mcm kesian tgk bebudak ni mcm dipergunakan..tp ustaz-ustaz tu kt ini satu cara utk didik diaorang jd usahawan yg baik..tp kita kesian tgk diaorang..

Puan Kutu berkata...

memang simpati tp klu budak2 tu kesian,yg tua pun ada dtg,yg tu naik menyampah..kadang2 bg pun sbb tak ikhlas..tak sepatutnya kita berperasaan macam tu,tp dah selalu sgt dah kena..

anggunpesona berkata...

*Rina
Uztaz kata nak mendidik tu dah betul dah cuma cara didikan tu yg kurang betul.

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Akak pun pernah kena perkara yg sama. Simpati ada, geram pun ada.