Sedang sibuk dengar Suria FM, terdengar perbualan DJ bertugas. Ceritanya tentang pemandu tak beri signal bila nak belok. Alamak..... terimbau kembali 4 atau 5 bulan lepas. Perkara ni terjadi pada saya. Bukan orang lain, saya yang buat perkara salah ni. Lupa beri signal masa nak belok. Nasib baik tak jadi apa-apa.
Kesilapan ni berlaku, bila saya berada disimpang empat. Lampu merah agak lambat bertukar warna hijau. Jadi termengelamun le seketika. Tiba-tiba lampu hijau menjelma. Apalagi terus tekan minyak....jalan. Masa tu le terdengar bunyi orang tekan brek ngan kuat sekali. YA ALLAH ada motor rupanya nak jalan terus. Nasib baik adik ni dapat mengelak. Berderau darah saya, sampai putih jadi muka dek takut sangat.
Saya pun angkat tangan tanda mohon maaf. Dari gaya mulutnya, adik tu tentu marah sangat, mungkin sebakul makinya pada saya. Memang layak pun saya terima marahnya. Memang kesilapan saya yang terang-terangan tak bagi signal bila membelok. Apa yang saya belajar dari peristiwa ni ialah tak nak mengelamun lagi bila bawa kereta. Bahayakan diri dan orang lain. Kalau tak ada apa terjadi, kira nasib baik, tapi kalau terjadi apa-apa, menyesal seumur hidup. Akan ingat sampai bila-bila..........klik signal untuk belok. Tak susah mana pun tapi lalai seketika. Jangan le berlaku lagi hendaknya. Cukup lah sekali tu.
ASSALAMUALAIKUM
Selasa, 21 Jun 2011
Ahad, 19 Jun 2011
Apa nak jadi
Pagi-pagi lagi dah geram.
Tadi masa hantar anak, terpaksa berenti kat lampu isyarat (sebab lampu merah tak leh jalan).
Tiba-tiba.....ada le sebuah kereta berenti kat sebelah. Yang geramnya dengan selamba je dia bukak tingkap dan buang satu bungkusan plastik ke atas jalan. Tak de le dia rasa bersalah sikit pun. Agaknya dalam fikiran dia tentu kata, lantaklah bukan rumah aku. Kalau semua orang ada sikap begini habislah negara kita penuh ngan sampah sarap. Bukan sekali dua perkara cam ni berlaku depan mata. Macam=macam benda yang melayang dari tingkap kereta. Bukan setakat plastik, kulit rambutan pun ada. Nasib baik bukan kulit durian. Apa nak jadi....................
Kalau kempen beribu-ribu kali pun, tak de maknanya kalau kita sendiri tak dapat mengubah sikap negatif ni. Penatnya cikgu Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral mengajar nilai-nilai murni. Satu pun tak diguna pakai. Letak le papan tanda sebesar dataran merdeka pun, sampah tetap dibuang merata-rata. Kadang-kadang dibawah papan tanda tu yang betimbun sampah.
Saya masih ingat ketika makan disebuah restoren makanan segera. Ada sebuah keluarga mat saleh ni, lepas makan dia bawa semua bekas2 makanan dan buang ke dalam tong yang disediakan. Bukan ayahnya aje tapi ibu dan anak-anaknya pun buat perkara yang sama. Malu tengok sikap kita yang terlalu menganggap ada orang lain untuk buat semua tu.
Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Renung2kan.
Sabtu, 18 Jun 2011
Selamat hari lahir dan selamat hari Bapa untuk My Hubby
SELAMAT HARI LAHIR
Selamat hari lahir untuk suami Tercinta pada 15 Jun ari tu. Semoga tercapai segala impian. Panjang Umur, Murah Rezeki. Sihat Tubuh Badan, bahagia dunia dan akhirat.
SELAMAT HARI BAPA
Bulan Jun adalah hari bapa. My hubby ada dua hari yang disambutnya pada bulan ni. Hari lahir dan hari bapa. Kira terbaik lah tu. Jadi tak payah pening nak beli hadiah dua kali. Buat 2 in 1 aje. Buat suami, selamat hari bapa. Moga jadi pemimpin keluarga yang sejati dan contoh terbaik kepada anak-anak. Kami sayang abah dan terima kasih kerna sabar melayan kerenah kami. Terima kasih juga kerna keperihatinan dan kasih sayang yang diberi kepada kami semua. Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita semua. Amin. INSYAALLAH
Ahad, 12 Jun 2011
Semangat perlu ada
Cuti sekolah dah habis
2 minggu cuti. Besuk dah sekolah. Bermula rutin seperti biasa. Anak-anak dah tak boleh tidur lewat dan bangun lewat.
Persediaan ke sekolah dah selesai. Baju dah digosok, kasut dah dikapur, beg dah dikemas. Kerja sekolah dah selesai semuanya. Bagus. Besuk boleh sekolah tanpa masalah. Tentu anak-anak tak sabar nak berjumpa kawan-kawan. Banyak cerita yang tersimpan selama dua minggu akan dikongsi bersama kawan-kawan.
Apa-apa pun pelajaran mesti diteruskan. Jangan asyik bersembang sampai guru mengajar pun tak masuk dalam otak. Ada yang besuk nak menghadapi peperiksaan. Jadi selamat berjaya, tentulah kan, 2 minggu dah buat ulangkaji. Betul ke? atau malam ni baru nak buka buku.
Ibu-ibu tentu sibuk seawal pagi, sediakan anak-anak untuk ke sekolah, Sarapan, bekalan, duit belanja dan adakalanya menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Oh...penat juga. Nak kerja lagi. Waktu ni le terasa tak cukup kaki nak kejar masa. Nak masak lagi, nak kemas rumah, nak basuh kain, angkat kain, lipat kain. Nak fikir pasal homework anak-anak dan homework sendiri. Jangan Stress ye, nanti cepat tua. Buat je le apa yang termampu. Kesihatan perlu juga di jaga.
Persediaan ke sekolah dah selesai. Baju dah digosok, kasut dah dikapur, beg dah dikemas. Kerja sekolah dah selesai semuanya. Bagus. Besuk boleh sekolah tanpa masalah. Tentu anak-anak tak sabar nak berjumpa kawan-kawan. Banyak cerita yang tersimpan selama dua minggu akan dikongsi bersama kawan-kawan.
Apa-apa pun pelajaran mesti diteruskan. Jangan asyik bersembang sampai guru mengajar pun tak masuk dalam otak. Ada yang besuk nak menghadapi peperiksaan. Jadi selamat berjaya, tentulah kan, 2 minggu dah buat ulangkaji. Betul ke? atau malam ni baru nak buka buku.
Ibu-ibu tentu sibuk seawal pagi, sediakan anak-anak untuk ke sekolah, Sarapan, bekalan, duit belanja dan adakalanya menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Oh...penat juga. Nak kerja lagi. Waktu ni le terasa tak cukup kaki nak kejar masa. Nak masak lagi, nak kemas rumah, nak basuh kain, angkat kain, lipat kain. Nak fikir pasal homework anak-anak dan homework sendiri. Jangan Stress ye, nanti cepat tua. Buat je le apa yang termampu. Kesihatan perlu juga di jaga.
-SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH DAN SELAMAT BERTUGAS CIKGU-
Jumaat, 10 Jun 2011
Hospital dan Kesabaran
Anda sakit....sudah tentu akan pergi hospital. Paling tidak pun akan ke klinik kalau tak berapa serius. Tapi kalau penyakit yang memerlukan rawatan susulan sudah pasti hospitallah tempatnya.
Orang ramai yang memerlukan rawatan pasti akan menunggu gilirannya dengan sabar. Baik pesakit atau orang-orang yang mengiringnya. SABAR....walau mengambil masa kadang kala hingga 2 atau 3 jam tapi semuanya nampak sabar. Tak de yang amuk atau memaki hamun dikaunter. walau ada sedikit rungutan ditempat duduk menunggu tapi mereka tetap sabar.
Kalau dilihat jumlah orang yang datang ke hospital, memang boleh di agak berapa lama kita perlu menunggu giliran. Untuk mendapat nombor bilik doktor sahaja kadang kala mengambil masa sehingga 1 jam. Kemudian menunggu nombor dipanggil untuk berjumpa doktor juga hampir 1 jam. Ada masanya kita sudah gembira bila giliran kita tiba. Tapi diminta pula berjumpa dengan doktor lain. Menunggu lagi tapi tetap sabar.
Adakah anda masih boleh bersabar jika bila nama dipanggil, jururawat memberitahu doktor yang sepatutnya anda berjumpa sedang bercuti dan memberi temujanji baru untuk anda. Ini betul-betul menguji kesabaran. Tapi tak ape lah asalkan ada ubat yang mencukupi untuk tempoh tersebut.
Nak ambil ubat, kena tunggu lagi. oh tidak......kalau tak sabar memang boleh stress dibuatnya. Berasap kepala. Kalau tak de masalah dapat ubat cepat. Kalau ada , alamat kena dua tiga kali berulang dari farmasi ke bilik doktor untuk buat pengesahan. Kalau ini terjadi kena ambil air sembahyang untuk tenangkan diri.
Bila difikirkan bukan sahaja hospital kerajaan, hospital swasta pun kadangkala terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah Bersabar.
Khamis, 2 Jun 2011
Kau satu dalam sejuta
Soalan ini sering saya tanya pada anak bongsu. "Adik sayang ibu atau sayang abah?" Sayang ibu dan abah jawabnya. Kadang kala saya juga gemar bertanya "adik sayang ibu banyak ke sayang abah banyak?". Sayang ibu dan abah banyak-banyak jawabnya jujur. Puas hati dengan jawapannya saya tak bertanya lagi selepas tu. Cuma rasa bangga kerana si bongsuku ini tak membezakan kasih sayangnya kepada kami. Harap selamanya.
Bulan Jun ni, sinonim dengan sambutan hari bapa. Tapi tak le semeriah hari ibu. Kenapa ye?. Apa bezanya ibu dan bapa. Jika kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih bapa bawa bahagia dan sepanjang masa. Jadi bapa juga perlu dan layak dihargai. Walau segagah manapun mereka, garang atau tegas ke mereka, dalam hati mereka tetap ada taman, yang perlu dijaga, di baja dan di siram dengan kasih sayang. Jika masih ada bapa hargailah mereka. Berikan kasih sayang yang mereka perlukan. Saya telah kehilangan bapa sebelas tahun yang lalu. Terasa sangat kehilangannya. Walaupun abah (panggilan untuk arwah) jarang menunjukkan kasih sayangnya. Tapi saya tahu dia sayangkan anak-anaknya.
Hingga kini saya sentiasa rindu akan jenakanya. Walaupun arwah garang dan tegas orangnya, tapi arwah juga suka bergurau. AL-FATIHAH untuk arwah abah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Bagi kaum bapa, tak kira tua atau muda, asalkan bergelar bapa, selamat hari bapa. Awalnya saya beri ucapan. Tak mengapa. Takkan basi kot. Adakah anda salah seorang bapa yang hebat? Pernah saya terbaca satu artikel yang berbunyi, Anda adalah bapa yang hebat jika:
a. anak-anak menjadikan anda hero atau idola mereka
b. anak dan isteri sentiasa gembira bila anda di sisi mereka
c. anak dan isteri rasa sedih dan rindu bila berjauhan dengan anda
d. anda dapat mendidik dan membimbing anak dan isteri ke jalan yang di redai olehNYA.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Langgan:
Catatan (Atom)