ASSALAMUALAIKUM



Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

11.11.11. Istimewa ke tarikh ni?  Bagi yang memang meminati nombor-nombor unik begini, sudah pasti mengatakan ianya satu susunan nombor atau angka yang cantik dan ada yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Tapi bagi akak yang tak berapa nak pandai tentang nombor,
tidak merasa apa-apa pun tentang angka 11 ni.
Apa yang akak tahu, bulan sebelas atau bulan November ini ada 2 hari penting bagi akak iaitu harijadi akak
dan hari ulang tahun perkahwinan.

Tarikh sebegini memang sangat dinanti oleh sebahagian pencinta susunan angka yang menarik. Kata mereka tarikh-tarikh ini hanya muncul sekali sahaja. Di sebabkan itulah, ramai yang mengambil kesempatan untuk menjadikan tarikh-tarikh ini sebagai sebahagian daripada kenangan terindah mereka. Ada yang telah menetapkan tarikh inilah mereka akan mengikat tali pertunangan ataupun menaiki jinjang pelamin. Dan jangan terperanjat jika wang hantaran atau  mas kahwin pun ditetapkan mengikut tarikh unik ini. Kalau cam tu akak tak nak ambil tarikh tahun ini, sikit je. Baik ambik tarikh 20.02.20. Wah banyaknya wang hantaran. Bukan setakat artis, golongan bukan artis sekarang pun dah mula mengabadikan tarikh-tarikh istimewa ini sebagai hari istimewa mereka. Apa-apa ajelah asalkan bahagia hingga ke hujung nyawa.

Selain daripada perkahwinan ada juga yang memilih tarikh sebegini untuk melahirkan anak. Selalunya  ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan boleh le berbuat begini. Tapi kena tengoklah pula dah berapa bulan kandungannya. Takkan baru mengandung dah nak bersalin.  Bagi ibu2 yang bersalin normal, seratus peratus lah tak bolehnya, kecuali dah tiba masanya baby nak keluar pada tarikh tu.

Kebanyakkan stesen radio hari ni pun mengutarakan isu tentang tarikh 11.11.11 ni. Ramai juga respon yang menarik dari para pendengar. Untuk anak murid jangan lak sibuk nak dapat nombor 11 dalam kelas ye. Kalau boleh biarlah buangkan sepuluh tinggalkan nombor 1 sahaja. Lagilah istimewa kalau murid sentiasa berada di angka 1 dalam apa jua perkara baik yang mereka lakukan.
Yang tak baik janganlah nombor 1 juga.

Angka tetap angka yang tak akan merubah apa2. Tarikh juga tetap tarikh yang akan sentiasa bertambah setiap tahun. Tarikh yang menarik atau indah tetap akan muncul selagi bumi berputar. Yang pasti bila tarikh berubah umur kita juga akan bertambah.

4 ulasan:

Puan Kutu berkata...

number is just a number..

yg penting..klu bertunang ke jinjang pelamin,klu kawen bahagia hingga akhir hayat.klu belajar buat yg terbaik...:)

setuju?hehe

tq sbb sudi baca entri sy yg kadang2 merapu.hehe..

psst lama tak nmpk..:)

NzA berkata...

tarikh smlm yg sebenarnya lebih menarik 20.11.2011....ikut susunan yg betul brbanding 11.11.2011 yg brlalu hampir 2000 thn yg lalu iaitu 11.11.1111....he.he.he..

kalau masa kawin dulu ibu bapa yg tetapkan tarikh..mrk pentingkan bulan islam brbanding tarikh tu semua...janji rumahtangga aman damai hingga ke syurga....

anggunpesona berkata...

@PK
Merapu tapi ada isi dah cukup bagus.
Akak ni memang selalu tenggelam timbul.

anggunpesona berkata...

@NZA
Tarikh semalam memang menarik. Ramai gak yang berkahwin tarikh tu. Jatuh pada hari ahad lagi. Sesuai sangat.