ASSALAMUALAIKUM



Rabu, 27 Julai 2011

Seronoknya merasa kuih raya

Dalam minggu ni bukan bahang Ramadan saja yang makin terasa.
Suasana nak raya pun dah terasa-rasa. Manakan tidak,
setiap hari ada saja sample kuih atas meja. Siap tulis nota lagi, "sila rasa dan
jika nak tempah guna borang yg disediakan". Sample kuih pulak
 bukannya sikit, sampai satu balang , wah ini memang betul-betul suruh rasa.
Dah di beri green light, apalagi sapu bersih satu balang.
Masa ni lah peluang nak rasa kuih yg rata-rata mengikut citarasa.
Sedap-sedap belaka. Hingga tak tahu mana satu nak di order.
Nama kuih memang dasyat sampai susah nak sebut. Dari kuih tradisional seperti semperit,
baulu, makmor , putu kacang sampai le kuih moden
seperti almond london, crunchy fantasia, golden ring dan mcm2 yg susah nak di sebut namanya.
Bila dah puas merasa kuih, terlupa pulak nak order. Ini yg buat tukang jual garu kepala.

Kalau ikut rasa hati, semua nak dibeli, tapi kena tgk jugak bajet,
pasai kuih tunjuk2 ni adakalanya mahal sangat.
Kalau beli 5 jenis kali dengan RM 24.00 sejenis dah jatuh berapa ringgit. 
Tapi menurut tukang jual, tak pe setahun sekali nak jamu tetamu.
Termakan juga dengan kata-katanya, beli jugak le 2, 3 jenis.

Biskut raya yg paling akak suka sudah tentu lah tart nenas.
Dari kecil sampai sekarang kuih ni mesti ada dalam senarai.
Masa dulu arwah mak memang gemar buat tart nenas, makmor dan semperit.
Selalunya akak ni jadi pembantu. Sekadar masukkan kuih dalam balang je.
Mana yg terhangit atau terpecah, peluang untuk akak makan.

Kuih-kuih ni masih lagi menjadi kegemaran 

Sebahagian biskut raya yang akak dah rasa. Sedap...Rangup dan berkrim

Pada hari raya, kebiasaannya biskut2 raya kurang laku. 
Tuan rumah dah jamu macam-macam. Laksa, lontong, mee kari, ketupat rendang semua menyelerakan.
 Makan itu dah mengenyangkan. Tunggulah  selepas raya,  serbuk kuih pun boleh licin dibuatnya.

8 ulasan:

Puan Kutu berkata...

wah ini sudah bagus.smp sebalang merasa kuih raya.haha.sy suka samperit!tart nenas kureng...

NzA berkata...

sama la kt sk tu..mcm2 kuih ada..rambang mata...kalau ikutkan hati semua nk order.....

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Walau sedap mana pun kuih moden, kuih tradisional tetap dalam list.

anggunpesona berkata...

*NZA
Kalau nak order semua lari pulak bajet raya yg lain. Hi hi hi

addinahumaira berkata...

sy pun peminat semprit dan tart nenas..mmg wajib dlm list tiap2 taun..he he..

mrs kayrul berkata...

dah siap order kuih raya tue...ingat tahun nie nak beli kuih tunjuk jer..malas nak buat..hehhehe

anggunpesona berkata...

*DINA
Akak kalau tak de tart mmg tak sempurna menyambut raya. Tapi sekarang ni tak payah tunggu raya pun boleh dapatkan.

anggunpesona berkata...

*KAYRUL-SHAH
Order mmg kena dibuat sebulan sebelum raya. Jadi akak mmg dah ada dlm list le. Pelanggan tetap kuih tunjuk. Hehehe