ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 28 Julai 2011

Ramadan yang di nanti

Tinggal beberapa hari lagi untuk semua umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bulan  yang sangat istimewa dan dinantikan. Kebiasaannya kebanyakkan  umat Islam akan melipat gandakan amalan kerana banyak fadilat yang menanti. Suasana di bulan Ramadhan tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Amat berbeza dengan bulan-bulan yang lain.

Walau pun puasa, aktiviti harian tetap berjalan seperti biasa. Cuma tak perlu fikir nak sediakan sarapan dan makan tengah hari. Anak-anak semua dah besar, Jadi semua dah berpuasa. Bagi kebanyakkan kaum ibu, waktu sahur dan berbuka adalah saat memeningkan kerana nak buat persiapan untuk keluarga. Mula fikir apa menu nak buat untuk bersahur dan apa pula menu untuk berbuka.

Saat2 begini terasa rindu kepada arwah ibu dan ayah. Terkenang masa zaman kanak-kanak. Bila bangun sahur, makanan telah tersedia. Tinggal basuh muka, gosok gigi dan makan. Kadang-kadang tu mak yang suapkan nasi. Mata masih lagi terpejam. Lepas makan tunggu masuk sembahyang subuh.. Baru boleh sambung tidur balik. Semua urusan masak dan basuh pinggan, mak dan kakak yang buat. Sekarang bila dah jadi mak baru tahu. Pening kepala apa nak di masak untuk keluarga waktu sahur. Tapi masa akak kecil, apa yang dihidang, telan aje. Semua rasa sedap. Tapi anak-anak sekarang memilih sikit. Ada aje yang tak berkenan di hati mereka. Alahai anak mak.

Kalau teringin nak makan macam-macam pergi lah ke Bazar Ramadhan.  Macam-macam ada . Sebut je nak makan apa pasti dapat. Adat bila berpuasa mula le mengidam nak makan itu dan ini. Apa yg nampak semua rasa teringin tapi bila perut dah sendat, semuanya dah tak larat nak telan. Akhirnya terbuang. Kalau tak dibeli takut teringat2. Moralnya, fikir  baik2 sebelum membeli, takut membazir.






Selamat menjalani Ibadah puasa kepada semua umat Islam. Semoga ibadat puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan diterima olehNya. Jaga kesihatan, jaga pemakanan supaya kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Jangan terlebih gula ataupun garam semasa bersahur ataupun waktu berbuka. Salam Ramadhan.






12 ulasan:

Rina Rahamat berkata...

menu sahur sy biasanya nasik goreng sbb hubby suka mkn nasik goreng..tp kalau thn ni dia niat nk diet rileklah sikit sy..leh sahur makan roti jer hehe..

berbuka mmg pening sbb nk kena masak menu spesial..thn ni nk ajar anak sulung tu puasa..harap berjaya hendaknya..


selamat berpuasa ya kak..:)

Puan Kutu berkata...

salam ramadhan..waktu kecik2 best jer kan puasa..tp sy tetap kena msk walaupun bln puasa.aiman nie msti tak puasa...klu puasa pun sekerat hari jer la..:)

NzA berkata...

xsabar tunggu kehadiran ramadhan....rindu suasana brpuasa di kg......

anggunpesona berkata...

* Salam Ramadan juga buat Rina sekeluarga.

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Kalau ada anak kecik mmg kena masaklah. Nanti lapar pula aiman tu. Masa akak kecik2 dulu pun posa sekerat hari jugak. hehehe

anggunpesona berkata...

*NZA
Suasana berposa di kg bersama semua ahli keluarga mmg saat yg dirindui. Rasa miss sangat saat2 begitu

Puan Kutu berkata...

tu la..kena msk tu yg malas.klu leynakcuti dr memasak je.hehe

anggunpesona berkata...

*Pn Kutu
Kalau jadi supermak kan best.

puanbee berkata...

selamat menyambut bulan ramadhan ye anggun moga kita beroleh keberkatannya ...

malas juga nk masak huhu

anggunpesona berkata...

*Pn Bee
Sama-sama le kita.

addinahumaira berkata...

Selamat Menyambut bulan Ramadhan yang berkat ini.. .
Taun ni semua anak2 sy dah belajar puasa. Jenuh jugak time kejut sahur he he..teringat time kecik2 dulu kt kg, mmg liat jgk nak bgn sahur ni ermm....:)

anggunpesona berkata...

*DINA
Salam Ramadhan. Baguslah usaha Dina melatih anak posa sejak kecik lagi. Tapi mmg kena sabar ngan keletah mereka.