ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 22 Ogos 2011

Dah nak raya

Diam tak diam, bulan Ramadhan sudah hampir meninggalkan kita. Dalam meniti hari-hari penghujung puasa, tentu ramai yg mengambil kesempatan meningkatkan lagi amal ibadat untuk mendapat lebih imbuhan. Lebih-lebih lagi 10 hari terakhir Ramadhan terdapat malam kemuliaan atau Lailatul Qadar. Jika diizinkan Allah SWT, mungkin kita dapat bertemu dengan malam yang mulia itu. Semoga ibadah puasa kita tahun ini di terima oleh Allah SWT dan diharap dapat bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Insyaallah.

Syawal sudah semakin hampir, bermakna tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sana-sini orang sibuk membuat pesiapan. Pergi mana-mana shopping kompleks semuanya penuh. Sampai tak de ruang nak mencelah. Nak cari tempat parking pun susah.  Nasib tak baik kena parking jauh dari tempat yg nak di tuju. Tak apa asalkan dapat gak pergi shopping. Persiapan raya selalunya dahulukan anak-anak. Bila semua keperluan anak-anak dah settle barulah cari untuk maknya pulak. Tahun ni nasib baik baju raya yg ditempah dah siap. Kalau tidak, pakai le baju yg ada macam tahun lepas. Tukang jahit tak sempat siapkan baju.

Kuih raya tunjuk-tunjuk pun dah mula sampai satu persatu. Sediakanlah duitnya. Kadang-kadang sampai tak ingat, betul ke aku ada order kuih ni. Tapi dah diletak atas meja, tentulah kita yg punya. Jadi bayar ajelah. Risau pulak terlebih bajet.

Lagu raya pun dah mula berkumandang distesyen2 radio. Bila dengar lagu raya rasa sedih ada, gembira pun ada. Paling suka mendengar lagu raya ialah anak bongsu akak. Macam akak masa kecil dulu le. Barulah terasa suasana nak beraya. Lagu raya yg paling terkesan untuk akak  tentulah yg versi lama, macam lagu2 ni:





Bila dengar lagu2 tu teringat kat arwah ayah dan ibu. Terasa berbeza sambutan hari raya tanpa kedua orang tua. Walaupun kita dah ada keluarga sendiri, tapi kehadiran mereka sangat-sangat bermakna. Arwah mak lah orang yg paling sibuk menyediakan juadah untuk pagi raya. Apa saja yg anak-anak minta pasti arwah mak akan cuba sediakan. AL-FATIHAH untuk arwah mak dan abah.


Hujung minggu ni pasti ramai yg sudah mula balik ke kg halaman masing-masing. Dalam kita teruja nak balik beraya pastikan semuanya dirancang dengan baik. Rumah yg nak ditinggalkan beberapa hari pun kena pastikan selamat. Lebih-lebih lagi bila memandu. Pandu dengan cermat ingatlah orang tersayang. Kalau kita baca dalam surat khabar dalam beberapa hari ni, banyak sangat kemalangan maut yg menyedihkan. Biarlah kita lambat sampai asalkan kita dapat sampai dengan selamat. Ikutlah jadual perjalanan yg selalu disediakan pihak PLUS setiap kali musim perayaan.


Dan yg paling penting tunaikan kewajipan kita dengan menunaikan Zakat Fitrah.

8 ulasan:

Puan Kutu berkata...

lgu balik kmpg tu peberet aiman tu..hehe tak lama lg nak raya.syg nak tinggalkan ramadhan..:)

anggunpesona berkata...

Pn. Kutu
Ramadhan dah nak berlabuh, mmg sedih meninggalkan bulan yg mulia ni. Tentu comel bila aiman nyanyi lagu balik kg.

Rina Rahamat berkata...

al-fatihah utk arwah kedua ibu bapa akak..

rsnya semua org suka lagu raya versi lama kan..lebih menangkap jiwa.

akak beraya di mana tahun ni?

NzA berkata...

gitulah kt sk ni, masa order syok je ttp time dh smpai n nk bayo, adoi mak...tensi..tensi....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Anggunpesona,

Akak dah follow. Selamat hari raya diucapkan pada aunggunpesona sekeluarga.

Semoga malam2 akhir Ramadhan ni kita saling berusaha mengejar Lailatulqadar

anggunpesona berkata...

*Rina
Seperti tahun2 sudah akak akan beraya di Ipoh rumah mertua. Raya kedua baru balik ke kg akak. di teluk Intan. Masih dalam Perak lagi.

anggunpesona berkata...

*NZA
Bila tgk duit keluar laju mcm air mula rasa susah hati. Syukur Alhamdullillah dapat bonus setengah bulan tu ye.

anggunpesona berkata...

*Kunang-kunang
Terima kasih kak.
Selamat Hari Raya juga buat akak sekeluarga.