ASSALAMUALAIKUM



Ahad, 10 Julai 2011

Senaman paling ringkas

Bersenam adalah perkara yang jarang masuk dalam agenda akak seharian. Berjogging pun rasa-rasanya tahun lepas adalah sikit. Boleh dibilang dengan jari. Tahun ni tak de lagi. Selalunya akak walking je. Itupun kat tempat kerje. Sebab dah terpaksa, kalau tak walking tak sampai le ke kelas.

Kalau hari tu sibuk sangat dengan kerja samada di tempat kerja atau di rumah, badan pun mula le rasa lenguh-lenguh, tengkuk, bahu sampai le ke belakang sakitnya. Mula le cari minyak angin sapu kat bahagian yang lenguh atau sakit. Akak suka guna minyak angin yoko yoko. Sedap rasanya bila disapu, berangin, hilang kejap rasa sakit tu. Kadang-kadang kalau rajin akak buat senaman ringkas yang akak belajar dari seorang rakan.  Kalau kat pejabat sambil duduk atas kerusi pun boleh buat senaman ni:

ANGKAT BAHU
rapatkan bahu ke telinga (kalau tak boleh jangan paksa ye). Cuba tahan beberapa saat dan kembali kedudukan asal. Ulang 8 kali atau hingga stress kat bahu hilang.

GOYANG DAN PUSINGKAN
relaxkan pergelangan tangan, goyang dan pusingkan selama 30 saat dan ulang beberapa kali. Jangan pusing sampai terseliuh pulak. Agak-agak le ye, macam usup wilcha buat. Tapi tak perlu angkat tangan ke atas.

GENGGAM DAN LEPAS
luruskan tangan ke depan, genggam jari-jari tangan dan lepas, ulang beberapa kali. Kemudian depakan tangan, genggam jari dan lepas, ulang. Luruskan tangan ke atas pulak, genggam jari dan lepas, ulang beberapa kali.

TARIK NAFAS DALAM-DALAM
tarik nafas dan tahan beberapa saat, kemudian lepaskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

Namapun senaman ringkas, itu je le yang perlu dilakukan. Senangkan.



8 ulasan:

NzA berkata...

sy skrg brsenam dgn panjat + turun tangga tingkat 4 3X shari...abis sakit kaki nie...hu...

xleh follo la....lappy ada problem..xleh nk sign up blog anak2...hu....

puanbee berkata...

saya pun malasnya nk bersenam masa kerja dulu rajin , badan makin bulat dh ni

anggunpesona berkata...

NZA, Itu dah kira bersenam gak le. Tapi kaki pulak sakit. Kena cari tips senaman kaki le pulak.

anggunpesona berkata...

Bee, itu memang biasa.

Puan Kutu berkata...

malasnya nak bersenam,senam mulut best la.dlm erti kata lain,makan.haha...

anggunpesona berkata...

Pn Kutu, senam mulut tu memang akak pun rajin. Dari pagi bawa ke malam asyik bersenam je. Itu yang badan makin tembun (maksudnya makin bulat). Itu ayat orang perak.

Puan Kutu berkata...

org utara pun panggil tembun gak kak..:)

anggunpesona berkata...

Pn Kutu: Sama le kita ye