ASSALAMUALAIKUM



Ahad, 3 Julai 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 sukan


Larian serentak 1 Murid 1 sukan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade Taiping, Perak. Larian ini selaras dengan dasar 1 murid 1 sukan yang mewajibkan semua murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan di sekolah.

Seramai lebih kurang 4.1 juta pelajar  diseluruh negara menyertai larian peringkat kebangsaan ini yang dimulakan serentak pada pukul 7.45 pagi. Acara  ini telah mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.


Caiyok, Caiyok, Gambateh.... ayat popular pelajar untuk menaikkan semangat dalam apa jua acara .

Anggap je sebagai "morning walk" kata mereka yang menyertai larian ini. Guru pun tak kurang hebat, murid pun bersemangat. Walaupun saya tak berlari bersama pelajar tapi tugas tak kurang pentingnya. Tunggu di checkpoint bagi memastikan laluan larian lancar dan keselamatan murid terjamin. Aktiviti berjaya dijalankan  seperti yang dirancang. Alhamdullillah. Lepas ni apa lagi kerja yang nak datang. Tetap akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.



5 ulasan:

puanbee berkata...

oo taiping yeee.. di KL ada ke tk ntah

anggunpesona berkata...

KL pun ada. Serentak seluruh negara. Cuma perasmiannya aje di Taiping. Bee tentu kuat lagi berlari ye

Puan Kutu berkata...

best..semua semangat jer!

addinahumaira berkata...

seronok kan berlari ramai2 mcm tu...kuar jugak peluh kan..

anggunpesona berkata...

Pn. Kutu dan addina, Sesekali lupakan buku memang dapat hilangkan stress pelajar. Tapi akak memang tak larat lari. Semput...bak kata kump. sepah dalam maharaja lawak.