ASSALAMUALAIKUM



Selasa, 5 Julai 2011

Basikal Chopperku

Di Sinar FM ada satu segmen terkenang kisah dahulu. Tajuk segmen tu hari ni ialah basikal dan aku. Dengar je terus teringat zaman sekolah dulu. Kayuh basikal sejauh 3.5km dari rumah ke sekolah. Tak lah jauh sangat. Yang specialnya basikal yang arwah abah akak belikan tu berjenama CHOPPER. Hanya ada 2 orang je yang bawa basikal berjenama tu kat sekolah. Walaupun basikal tu hanyalah basikal second hand yang arwah abah beli dengan harga RM65.00. tapi sayangnya akak kat basikal tu macam sayangkan sebuah kereta baru yang mahal. Setiap hujung minggu mesti di basuh. Rim basikal letak minyak dan basuh dengan berus sental periuk lagi. Berkilat macam cermin. Mana tak sayang,  basikal tu le yang akak guna dari tingkatan satu sampai lima. Banyak betul jasanya.......


Macam ni le rupa basikal yang diceritakan. Unikkan bentuknya. Siap letak bakul lagi kat depan. Kat belakang pulak tempat letak beg sekolah.

Ada kisah pahit dan manis tentang basikal dan diri akak. Yang pahitnya, bila tayar basikal pecah dalam perjalanan nak ke sekolah. Masa tu akak tengah menduduki peperiksaan SPM (paper Bahasa Inggeris). Kena le sorong basikal ke kedai basikal yang terdekat. Malas nak tunggu, akak pun berjalan le lebih kurang 1.5km lagi ke sekolah. Disebabkan ini, akak terlambat masuk ke dewan peperiksaan. Nasib baik pengawas peperiksaan tu sporting, jadi terus duduk dan jawab soalan. 

Yang manisnya, semasa dikejar anjing. Akak kayuh basikal macam bawak kereta kat litar lumba. Tapi malang tak berbau, basikal terlanggar tunggul kayu dan jatuh. Agaknya disebabkan bunyi basikal yang jatuh tu kuat, anjing pun terkejut dan patah balik ke rumah tuannya. Tak jadi nak main kejar-kejar dengan akak lagi. Itu le manisnya sebab basikal tu dah pun menyelamatkan akak daripada dikejar anjing. Akak pun tak cedera teruk, cuma luka sikit je.

Baru atau lama, sama sahaja. Kalau dijaga dengan baik yang lama pun akan jadi seperti yang baru. Macam basikal akak tu le. Teringin lak nak naik basikal tu. Nostalgia.....


12 ulasan:

puanbee berkata...

basikal nih lah yg buatkan gigi depan bee patah tk tumbuh2 dh huhu

addinahumaira berkata...

sy pun ade nostalgia jatuh beskal..hurmmm..cepatnye waktu berlalu .

anggunpesona berkata...

Bee, itu kenangan pahit le ye. Tak pe boleh buat gigi palsu.

anggunpesona berkata...

waktu berlalu cepat, umur pun tak sedar dah semakin meningkat.

Puan Kutu berkata...

kihkih sy pun tetiba teringat kenangan ms mula2 dulu balaja naik basikal..naik beskal tua tu kan ada palang..aduh sakit betul anu bila terkena palang.hahahaa..

anggunpesona berkata...

PN Kutu, Akak pun ada basikal tu. Atok akak yang punya. Basikal tu tinggi sikit. Kalau atok bawak biasanya akak duduk depan atas palang tu le.

Puan Kutu berkata...

hehe sy basikal aruah pak.tu yg besar,yg kecik sikit ada palang jugak tu abg sy punya.blaja pkai yg tu la..klu yg besar hanya layak bonceng dibelakang.tak mampu nak bawak.kiki..

anggunpesona berkata...

Pn. Kutu. Betul betul betul

puanbee berkata...

memang dah buat haha.. sabar je lah , tp salah bee juga degil mak dah cakap jgn naik handle nya gelong , tk bee hentam naik lagi laju2.. jatuh gedebuk baru tau

anggunpesona berkata...

Bee, kalau jatuh baru ada kenangan.

NzA berkata...

basikal chopper mmg trkena dulu....

anggunpesona berkata...

NZA, lain dari yang lain kan.