ASSALAMUALAIKUM



Khamis, 20 Oktober 2011

Saja nak cerita

Minggu ni kebanyakkan sekolah mengadakan peperiksaan akhir tahun.  Dapatlah merehatkan minda seketika. Suasana sekolah juga lebih aman berbanding biasa. Tapi cikgu tak lah goyang kaki pulak sepanjang periksa ni. Walaupun kurang bercakap, tapi cikgu perlu mengawas pelajar. Tak boleh buat kerja lain selain memerhatikan murid. Maklumlah budak sekarang ni terlampau bijak. Ada saja kaedah terkini yang mereka buat untuk meniru. Tapi sebijak mana pun mereka, bijak lagi cikgunya. Akhirnya tertangkap juga. Golongan murid yang suka meniru tak lah ramai. Hanya sorang dua sahaja.

Bila dah mengawas pelajar dalam keadaan yang sunyi sepi, mulalah kelopak mata ni seakan2 ditarik untuk tertutup. Mengantuk tahap gaban dibuatnya. Tak boleh akak bayangkan, jika umur 60 tahun nanti, akak duduk di dalam kelas mengawas peperiksaan.  Bukan setakat boleh tertidur,siap dengan mimpi2 lagi kot.  Rasa macam tak sanggup nak bekerja hingga umur 60 tahun. Nak naik tangga sekolah hingga ke tingkat 4, boleh ke lagi agaknya. Mau bergoyang sendi lutut.

Kebiasaannya untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam dewan periksa, akak suka melihat telatah murid. Macam-macam gaya yang kadang2 membuatkan akak ketawa sendiri. Ada murid yang tersenyum (mungkin soalan senang kot), tak kurang juga yang bercakap sendiri (mungkin mengingat kembali apa yang di baca), ada murid yang mengetuk2 kepala (mungkin nak keluarkan maklumat yang dah tersangkut), ada yang cool  dan yang paling hebat ada yang dah tertidor (mungkin dah siap atau tak tahu nak jawap). Walau apapun cara mereka, soalan tetap perlu di jawap tak kiralah jawapannya betul atau salah.

Habis peperiksaan, satu lagi kerja menyusul. Semak kertas pelajar. Semua pelajar mengharapkan markah yang terbaik. InsyaAllah jika ada usaha yang konsisten, dapatlah markah seperti yang mereka inginkan, Tetapi kalau lansung tak berusaha, menyesal pun tak berguna.


7 ulasan:

Rina Rahamat berkata...

oh akak cikgu ya..

anggunpesona berkata...

@Rina
Kerjaya yang akak suka tapi kekadang memeningkan kepala.

Puan Kutu berkata...

itulah..opismate sy umo dah 50tahun keatas dah malas nak kerja.klu 60tahun agaknya syik tidur jer la dalam opis..

sy pun macam cik betty.baru tahu akk nie cikgu.hehe..

anggunpesona berkata...

@Pn Kutu
Dah jadi neneklah akak masa tu. Budak pun boring tengok cikgu yg dah tua.

NzA berkata...

nk buat mcm mana, sbgai cikgu kita slalu brckp dan brckp bila kena jaga budak exam mulalah mata rasa mcm berat je...he.he.he....
sk saya minggu dpn baru final exam...

Puan Kutu berkata...

hehe takpe..lg tua lg penyanyang..budak2 suka klu nenek..:)

anggunpesona berkata...

@PK
Harapan akak pun begitu.