Hari ibu baru sahaja di sambut. Sana sini menyebut pasal hari ibu. Majalah, Surat khabar, radio dan di TV juga sibuk dengan hari ibu. Baguslah tu.... Sememangnya hari ibu perlu disambut bukan setahun sekali tetapi setiap hari kerana pengorbanan ibu tak terbalas dengan hanya ucapan selamat hari ibu atau apa bentuk hadiah sekali pun.
Apa yang menariknya hari ibu ialah bila di tontonkan dengan pelbagai ucapan untuk ibu tersayang, pelbagai aktiviti yang diadakan dan hamper-hamper ekslusif lagi menarik ada dijual. Seronok juga. Bagi yang berkemampuan, mereka tidak lokek untuk meraikan hari ibu di hotel-hotel ekslusif dan dihangatkan lagi dengan persembahan artis-artis hebat dan popular. Terharu ibu bila diraikan begini. Kalau tidak di hotel, ada anak-anak yang meraikan ibu dengan masakan yang lain daripada biasa samada dimasak sendiri atau makan diluar. Ada yang membawa ibu bercuti ke tempat yang menarik. Macam-macam cara dilakukan bagi mengingati kasih seorang ibu.
Apa-apa pun bukan itu yang dimahukan oleh seorang ibu, bukan sambutan, bukan hari, bukan hadiah tapi cukuplah sekadar kasih sayang dan ingatan kepada mereka. Bagi seorang ibu samada ia di rai, diingati, dihargai atau tidak, ibu tetap ibu, berkorban untuk anak-anak dan keluarga tanpa mengenal erti jemu kerana kasih ibu adalah kasih abadi. Apa yang diharapkan oleh seorang ibu hanyalah kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak dan keluarga dunia dan akhirat. ...........Setiap hari ingatkan IBU!!!!!!
Seperti ibu, hari guru juga disambut dengan meriah kerana guru banyak menabur jasa demi memastikan anak didiknya berjaya dan menjadi insan yang berguna. Setiap kali hari guru tiba, tak sabar untuk mendengar pengumuman baik dari PM atau TPM, apa ganjaran yang guru dapat. Tahun ini Alhamdullillah ada berita baik untuk Pengetua, PK, GPK. Tersenyum lebar mereka yang terlibat. Bagi yang tiada berita baik, sabar ajelah kerana ganjaran yang lebih besar menunggu kita di akhirat kelak. Teruskan perjuangan yang belum selesai. Amanah yang diberi perlu kita tunaikan. Tetap kita tunaikan walau ada atau tanpa ganjaran.
Banyak ke cikgu dapat hadiah tahun ni? Selalunya guru popular memang banyak dapat hadiah berbanding cikgu kurang popular. Apa2 pun bukan hadiah yang guru idamkan tapi kejayaan anak muridnya adalah hadiah paling berharga bagi seorang guru. Saya dapat A dalam sains. Tersenyum bangga cikgu sains yang mengajar pelajar itu. Itulah hadiah yang cikgu paling suka. Satu lagi pen merah, hadiah yang paling bernilai untuk cikgu kerana memang cikgu perlukan pen merah, Untuk sapa, untuk pelajar jugak. Nak tanda buku dan semak kertas periksa. Selamat hari Guru...................Teruskan perjuangan murnimu.
Hari apa lagi ye lepas ni? Rasanya selepas ini menyusul pula hari bapa. Masih awal lagi untuk menulis tentang hari bapa. Nanti-nantilah cerita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan