Destinasi yg kami tuju ialah Pulau Pinang. Setiap kali bercuti, Pulau Pinang mesti ada dalam senarai. Makna kata, destinasi wajib le. Bukan saja dekat tapi banyak tempat menarik yg boleh dilawati di negeri ni. Makanannya pun boleh tahan sedapnya.
Hari pertama Jumaat (16/9/2011)
Mengikut perancangan nak bertolak pagi2 lagi. Tapi terbabas juga akhirnya. Leka menonton perarakan Hari Kemerdekaan kat TV. Cantik, menarik dan tertarik melihat persembahan yang diadakan di dataran merdeka. Dapat tgk sikit pun jadilah.
Oleh kerana lambat buat tempahan, banyak hotel disekitar pantai dah penuh. Nasib baik ada satu hotel yg masih lagi ada bilik. Lokasinya pun bagus. Di tengah2 bandar Pulau Pinang. Yang penting, ada kolam sebab anak bongsu akak ni suka berendam. Sekejap pun tak pe katanya.
Suka dapat main air.
Bila berada di Penang, tempat yg menjadi tumpuan tentulah di Pasar Cowrasta. Macam-macam ada di sini. Nak makan boleh pi line clear. Nak dapat sepiring nasi pun kena beratur panjang. Paling popular ialah tempat menjual pelbagai jenis jeruk. Tak sah kalau mai penang tak beli jeruk2nya. Tapi akak tak beli pun kali ni, perut dah tak berapa nak tahan makan masam2.Sebelah malam akak ke padang kota. Salah satu tempat tumpuan juga. Makanan yang orang mesti cari tentulah rojak pasembor, kerang bakar atau laksa penang. Memang terangkat sedapnya.
Ini antara bukti rojak pasembornya tersangat sedap. Hampir licin....
Kerang bakar yg menjadi kegemaran anak2. Sosnya pun sedap.
Lepas makan boleh jalan2 di sepanjang kaki lima sambil melihat laut yg terbentang luas. Tapi bila malam tak berapa jelas pemandangannya. Hari Kedua Sabtu (17/9/2011)
Salah satu tempat yg paling kerap akak dan keluarga pergi ialah Taman negara Pulau Pinang yg terletak di Teluk Bahang. Anak2 dan suami suka jungle tracking. Ini adalah kali ke tiga kami sekeluarga ke taman negara. Langkah kanan pulak hari ni kerana ada rumah terbuka aidilfitri di dataran Taman Negara.
Walaupun masa kami sampai banyak juadah yg dah habis, tapi cukup untuk merasa dan melihat kemeriahan rumah terbuka di negeri orang.
Rumah terbuka aidilfitri
Kali ni kami target untuk ke Monkey Beach atau pun teluk duyung. Berjalan kaki dari pintu masuk mengambil masa selama 1 jam 45 minit. kalau naik bot hanya beberapa minit, tapi kena bayar
RM 250.00. Naik bot tak adventure kata anak2. Jadi kami pilih meredah hutan, mendaki dan menuruni bukit. Dapat juga melihat flora dan fauna yg masih lagi segar. Sesekali meredah hutan teruja juga walaupun ada sedikit perasaan takut. maklumlah dalam hutan macam-macam boleh jumpa.
Biawak besar ni mmg banyak kat dalam taman negara ni.
Seronok tgk ketam yg berkeliaran di tepi pantai
Papan tanda arah. Nak sampai sini pun hampir 20 minit
Salah satu laluan yg mencabar. Semput nak mendaki.
Walaupun penat, masih lg sempat berposing.
Abaikan pakaian mereka. Mmg tak sesuai untuk tracking.
Laluan yg paling senang apabila menyusuri tepian pantai
Apa ni ye. Kena tanya cikgu geografi le pulak
Pemandangan pantai yg belum tercemar. Masih bersih dan cantik.
Abaikan aksi di atas.
Jauh lagi tempat yg kami nak pergi ni. Di bawah sana tu laut.
Setelah 1 jam meredah hutan, kami sampai di Teluk Aling. Ada USM di sini.
Salah satu pemandangan menarik di Teluk Aling
Berehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya
Perancangan nak ke Monkey Beach terpaksa di batalkan. Bukan tak larat tapi melihat laluannya yang kurang elok, menakutkan akak. Anak2 kecewa tapi mereka perlu akur pada ibunya. Tambahan pula, kami memerlukan lebih kurang 40 minit lagi untuk sampai ke sana. Mungkin lain kali kami akan ke sana dengan pakaian yg lebih sesuai untuk tracking.
Hari Ke tiga, Ahad (18/9/2011)
Sebelum balik ke Ipoh, kami singgah di Museum Perang yang terletak di Batu Maung. Bayaran masuk RM 20.00 untuk orang dewasa. Tapi berbaloi kerana kawasan yg akan dilawati mmg luas. Macam2 informasi yg boleh kita terokai di sini. Satu pengalaman baru bagi anak2.
Di hadapan pintu masuk
Antara alatan perang yg terdapat didalam museum
Salah satu terowong laluan tentera untuk ke atas.
Nak masuk kena merangkak dan memanjat tangga.
Sesiapa yang gayat tak digalakkan sebab tangganya tinggi.
Kubu pertahanan tentera
Seram!!!!. Tempat pancung kepala
Di atas sana banyak lagi tempat yg perlu diterokai
Banyak lagi yg menarik di museum perang ni. Cuma akak tak sempat melawat habis kerana hujan turun mencurah-curah. Apa2 pun peluang melawat museum perang dunia kedua ni memberi satu pengalaman yang
indah untuk kami sekeluarga.
10 ulasan:
besnya jungle tracking.sy walaupun dok png byk lg tmpt kt png tu tak jengah..
@pn Kutu
Anak2 yg suka sangat. Akak ni ikut je. Tak sangka akak PK tinggal kat Penang, ingatkan kat kedah.
terliur lak tengok kerang dn rojak tu kak..
seronokkan tgk anak2 hepi.....
@Pn Bee
Balik bercuti berat bertambah sekilo Bee. Asyik makan je.
@NZA
Bila anak hepi kita pun turut hepi.
sy tak pernah lg bercuti kat penang.Nampak best je tempat dan makanannya.
@addina
Penang mmg banyak tempat nak dilawati. Makanannya pun mcm2 ada.
sonoknye pg holiday...
sy pun 3hari 2malam gak kak...
tapi kat Wad...:)
@Siti
Siapa yg sakit. Siti ke atau jaga anak.
Catat Ulasan