ASSALAMUALAIKUM



Isnin, 30 Mei 2011

Awet muda dan senyum

Tentu kita rasa gembira kalau ada rakan berkata, "kamu ni awet muda le, Umur dah  masuk 4 siries tapi nampak macam awal 30-an je". Mau melompat dibuatnya bila dipuji begini. Tambahan pula kalau ada yang meminta "apa petuanya, share le ngan kami" Wah! petua? tak de apa-apa petua pun. Cucuk-cucuk pun tak de. Mula le keluar macam-macam jenis ulam dan bla...bla.....bla...... Mau ternganga semua yang berada disekeliling. Namun begitu petua orang tua jangan dipandang ringan kerana ada benarnya.

 Ada juga yang mengatakan, jika anda nak nampak lebih muda daripada umur sebenar , Mudah je.  Hanya dengan sebuah senyuman dari hati yang ikhlas. Wajah yang sering tersenyum akan kelihatan awet muda dan segar. Senyum tak perlu kata apa-apa tapi meremajakan anda. Menarik bunyinya. Menurut kajian, senyuman merupakan satu senaman kerana ia boleh meransang saraf termasuk saraf otak. Bila senyum, lebih kurang 17 otot muka yang digunakan. Tapi biarlah senyum bertempat, jangan memanjangnya je tersenyum,  lain pula tanggapan orang sekeliling. 

Saya tertarik membaca satu artikel yang ditulis oleh Dr HM Tuah Iskandar . 'Beliau menyatakan kanak-kanak seusia empat hingga enam tahun senyum dan ketawa hingga 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari di kalangan orang dewasa'. Sebab itu lah orang dewasa mudah diserang penyakit, stress dan mengalami kemurungan. Kalau dah selalu sakit dan stress apa lagi,  cepatlah proses penuaan terjadi. Oleh itu senyum dan ketawalah selalu  tapi biar bertempat dan kena pada waktunya.  Kalau tak mampu nak senyum, usahakan lah untuk senyum walau pun hanya tersenyum kambing.

Kalau rasa petua orang tua dan senyuman, lambat menampakkan hasil, maka pilihlah produk kecantikan yang terdapat banyak di pasaran sekarang.  Tapi awas pilihlah yang terbaik supaya hasilnya juga baik. Jangan kerana ingin selalu nampak muda diri merana.  Walau apa pun proses penuaan tetap akan berlaku seiring usia. Cuma yang kita tak nak ialah tua sebelum usia.

Teringat petua seorang kenalan, katanya kalau nak awet muda, bangun je tidur, jangan gosok gigi tapi ambil air masak dulu,  masukkan dalam mulut selama beberapa saat dan minum. Mesti ada yang tak sanggup bila mengenangkan nak minum dengan air liur basi tapi itu le rahsianya.  SEnyuman yang ikhlas datang dari hati dan terpancar di mata.

Tiada ulasan: