Hari ni ntah kali ke berapa Wan masuk wad yang sama, di Hospital Kuala Lumpur. Itu lah rutin adikku ini sejak 3 tahun yang lalu. Asyik keluar masuk wad. Hospital ni dah jadi rumah kedua baginya. Apa penyakitnya, belum dapat di kenalpasti. Yang pasti matanya tetap belum boleh melihat seperti sediakala.
Pelbagai andaian yang doktor berikan. Sakit MS , Epilepsi , pembekuan darah dalam otak dan ada yang mengatakan jangkitan kuman. Berbagai diagnosis juga dibuat. Dah ambil sel bibir , sel kulit, MRI, X-ray, ambil air tulang belakang, kalau ambik darah memang tak boleh nak kira dah le. .
Hari ni, doktor nak masukkan kamera dalam perutnya. Nak cari punca penyakit melalui perut pulak. Harap-harap apa yang doktor buat ni adalah yang terbaik buat Wan. Sebagai kakak, saya amat berharap dan berdoa agar Wan cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti dulu. Dalam usia yang masih muda (26 tahun) tentu ada impian yang ingin digapainya tapi tak tercapai dek penyakit yang menyerang secara tiba-tiba. Wan sentiasa berharap untuk sembuh. Banyak2kan berdoa dan memohon dariNYA. Insyaallah masih ada sinar untukmu.
8 ulasan:
mcm adik ipar sy..mula sakit dari tingkatan 1 smpilah dah habis sekolah ni..hospital dh mcm rumah kedua..sabar lah..ini ujian buatnya dan buat anda sekeluarga..
Thanks Rina.
laa kesian lama tuanggung penyakit tp tk tahu sakit apa.. banyak2 kan doa je lah
Terima kasih Bee.
semoga wan n keluarga tabah menghadapi dugaan..selamat semuanya..
Pn Kutu, terima kasih.
moga wan cpt sembuh...kesiannya...
NZA: Itulah dugaan yg perlu dihadapinya. Tima kasih.
Catat Ulasan